Friday, December 24, 2010

Ibu mertua masuk hospital

Pagi tadi, aku, wife aku sama akak ipar aku hantar ibu mertua aku pegi hospital. suspek peparu berair, pagi tadi Xray kata jangkitan kuman, tapi tak berapa nak nampak kat Xray tu. Aku rasa mungkin jangkitan kuman, sebab kalau ikut dari ceritanya ibu mertua aku dah batuk lama..demam on..off. Yang herannya tgh hari tadi aku rasa kakinya panas..atas buku lali sejuk..aku suspek luar sejuk dalam panas..budak nurse tu pon heran..makcik ni badan normal tapi check kat sini 38

Last kena tahan wad. padahal mertua aku bukan suka duduk wad..mmg akan menolak kalau suruh duduk wad..tapi kali ni dia sendiri suh bawak hospital dengan rela hati, siap angguk kepala bila nurse suruh duduk wad. Aku syak mungkin dia dah tak larat sangat tu..Moga di sembuhkan Allah. Tapi yang sebenarnya ada kisah di sebalik kisah..kalau senang2 dan ada rasa nak kongsi aku kongsi la.

hint : apa barang beb...puasa masa haid, ilmu apa ni?

Thursday, December 23, 2010

Musim sakit

Ramai juga kawan2 sedara2 aku yang sakit2, musim sakit agaknya. termasuk juga anak aku 2 orang tapi alhamdulillah nampak dah nak pulih , syukur Ya Allah Engkau lah jua Maha Penyembuh.

Pesen sekarang ni kalau sakit dah tak mai sehari 2 hari, silap2 mesti tarik sampai 3 hari..dulu masa aku sekolah rendah paling lama pon 2 hari. Sekarang ni kalau budak2 sakit mesti nak campur muntah sama berak2. Lembik terus, kalau tang mata tu mmg cengkung abis.

Kebetulan ??
Pada jam 4 pagi, memang waktu tu aku pon tak tidor lagi tetiba aku rasa macam lain je..dalam waktu tu aku tgk serentak anak-anak aku kesemuanya bergerak2 (ada tukar posisi tidor, ada mengingau, ada batuk2) sampai kat yang kecik terus muntah2. Mungkin ini yang di katakan kedatangan wabak..Wallahuaklam

Esoknya yang kecik tu sah demam+muntah+cirit. Kalau yang besar tu sah2 dia akan minta mandi limau.

Friday, December 10, 2010

Kenapa tak kawin ? Satu pandangan

BERHATI HATI LAH KAUM PEREMPUAN .... yang suka berhias, lupa pada Allah, suka berfoya foya, suka buang masa, suka berhibur, sebenarnya anda sedang diperhatikan oleh jin yang dikenali sebagai jin ASYIK ( iaitu jin yg mencintai manusia )... sehingga dia tak benarkan seseorang itu berkahwin... kes ini menjadi jadi sejak kebelakangan ini... INGATLAHHH

petikan di atas di ambil dari salah sebuah laman FB perawat (kawan). Sebenarnya bukan saja berlaku pada perempuan tapi berlaku juga pada lelaki, sebab tu kita pernah dengar orang berkata "budak tu cantik / lawa tapi apasal tak kawin lagi" Jawapan standard yang biasa kita dengar takde jodoh lagi.

Betul memang takde jodoh lagi, tapi yang di risaukan sekiranya kita tergolong dalam situasi di atas. Hidup di dunia bukan semata2 melepaskan bergitu-gitu aje..ikhtiarkan dari setiap sudut. Orang yang terkena gangguan jin Asyik ni, suka duduk dalam toilet berjam2, terasa ada orang ikut, berasa seram bila keseorangan..cepat terangsang/ghairah

Nampak ?

Ni bukan entry nak kasi penampor orang yek....hahaha

Jumpa kat blog ni, di katakan sapa yang ada gangguan akan terlihat "sesuatu" pada tapak tangan ni



Sila perhatikan dan renung gambar ini apa yang ada lihat..?
Jika anda melihat sesuatu yang tidak normal pada tapak tangan contohnya warna-warna,objek, atau apa-apa imej hubungi saya untuk ulasan. Ni webnya http://aura-hikmah-resource.webs.com/tipskenalpasti.htm


wallahuaklam

10 Muharam

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
Hari pertama Allah menciptakan alam.
Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
Hari pertama Allah menurunkan hujan.
Allah menjadikan 'Arasy.
Allah menjadikan Luh Mahfuz.
Allah menjadikan alam.
Allah menjadikan Malaikat Jibril.
Nabi Isa diangkat ke langit.

Wednesday, December 8, 2010

Kopi

Kopi Minuman Kaum Sufi

Kita sering dimomokkan bahawa kopi adalah minuman yang memudaratkan kesihatan, tetapi tahukah anda, kopi sebenarnya adalah salah satu minuman kegemaran Rasulullah, disamping susu dan madu. Yahudi telah berjaya mempengaruhi umat Islam dalam amalan pemakanan kita, seperti digalakkan makan hati ayam/lembu jika darah rendah. Rasulullah telah awal2 lagi mengingatkan kita bahawa memakan organ dalaman tidak bagus kerana boleh melembapkan otak. Tengoklah bangsa2 Melayu yang mengamalkan menu pemakanan yang diuar2kan oleh Yahudi, tetapi mereka sendiri tidak mengamalkannya, malah mengambil amalan pemakanan Rasulullah. Kalau anda perasan di tangan orang-orang yahudi tiada air minuan Coke atau sebagainya, bahkan Kopi..


artikel mengenai kopi dan islam boleh baca di
sini

Nasib baik tak bocor

Kisah yang aku tak boleh nak lupakan bila tengok buah durian. Satu ketika waktu umur aku 14 tahun rasanya, bertemankan adik aku umur 11 tahun pergi kutip buah durian kat dusun.

Lepas subuh je aku dah ready dengan adik aku nak pegi dusun..ambik basikal opah, aku terus jalan..biasala suasana kampung, sunyi, gelap...dah le lampu basikal takde..pakat adik aku suluh lampu touchlight kat celah ketiak aku, itu pon jangan kata jalan nak di suluh jalan nak suluh muka pon tak nampak...udah lemah baterinya..segan2 aje nak nyala..elok sampai je kat dusun..perasaan takut timbul mana taknye..dusun ni macam2 cerita ada..udah le dekat ngan sungai perak..mmg biasa buaya naik kat tebing. nak tak nak..turun letak basikal kat dangau..aku bagi signal kat adik aku, aku tunjuk kat hujung dusun..kitaorang pon jalan..mata melilau carik buah durian yang syahid (gugur la)..lepas satu..satu ambik.dapat aje terus letak kat dangau...banyak juge le pagi tu..aku bagi tahu ka adik aku aku nak pegi kat pokok durian ka tebing tu..dia pon ikut..cuma masa nak tuju ke pokok tu mmg terasa lain sangat..macam di halang-halang...jalan sekejap berenti, tetiba bedebukkkk, rupanya sebijik durin jatuh betol2 selangkah kat depan aku....punya la bagak durian tu...waduhh kalau le aku melangkah setapak lagi mau kena, mmg bocorrrrrr kepala gua...berderau darah, tak cakap apa dah..ambik durian tu terus siap2 nak cabut. adik aku ppon tak cakap apa.

Ada satu perkara yang aku tak buat masa kutip buah durian ni..selalu aku buat. Kebiasaan aku akan ambik satu kayu atau dahan yang besar..kayu tu di buat penghadang kepala..so masa jalan tu kena junjung kayu..jadi kalau ada kayu ke buah ke jatuh at least kalau jatuh pon kena kayu penghadang tu..tapi apa pon nasib aku mmg baik sungguh pada waktu tu. huh...sampai sekarang aku tgk durian je teringat kisah ni...besar plak tu buahnya...huh

Unicorn wujud ke?

Jawapan yang tepat Wallahuaklam.

Tapi ada sikit kisah berkaitan dengan unicorn ni. Sewaktu tahun 90-an on the way nak balik U, tetiba adik aku kat dalam kereta bertanya pada aku, "memang ada kuda ke kat ladang tu".. aku pon dengan konfiden jawab "mana ada kuda..kat sini.." lama lepas tu adik aku cakap kat tengah2 kelompok kuda tu ada sekor kuda warna putih siap tanduk. jadi apa tu..takkan adik aku tak reti nak bezakan kuda ngan kerbau/lembu..

pernah aku tanya kat seorang yang tahu pasal benda2 pelik ni..dia cakap, mungkin ada perkampungan lain kat situ..wallahuaklam.

Kaedah Metafizik Numerologi

Ntah macam mana buleh tergerak aku nak cari info benda ni tak tau le..Pengiraan Tarikh Lahir mengikut kaedah Metafizik, Personaliti, Kerja, Perniagaan. Lepas aku belek2 ilmu ni apa yang aku dapat rata-rata penerangan bagi setiap satu2 kod asas akan di ceritakan dari point ke point, persoalannya kalau dah tau perwatakan kita tu apa nak buat, dan adakah perwatakan yang di list kan tu berlaku pada kita sekarang atau akan datang..kenapa ramai dari mereka bila buat pengiraan dan bila mula menyemak setiap penerangan pasti akan berkata, "eh..tak kena langsung".."uishh..ada yang tepat la.." tetapi bila di telitikan kembali, tang mana yang kita tak setuju tu..rata-rata pasti pada sifat yang tak elok kan.

Aku pernah buat benda ni pada seseorang, bila kena tang Bakhil..dengan cepat kata.."eh tu bukan aku..tu tak betol, yang lain tu sikit2 ada la.." hehehehehe. Tapi dari pemerhatian aku pada orang tu..dia mmg tak bakhil, tapi ada waktu2 tertentu dia akan bersifat bakhil..jadi kita kena tahu kaedah mengkaji watak seseorang ini mereka telah buat mengikut kajian2 berbilion orang, cumanya ada perkara2 yang kita kena pandang dalam2 pada diri kita sendiri. Aku sebenarnya lebih suka panggil benda ni dengan kata "mengenal bakat/kelemahan diri"

Dokumentari Dakwa "Detox Foot Pad" Hanya KELENTONG!

[Video-Wajib Tonton] Dokumentari Dakwa "Detox Foot Pad" Hanya KELENTONG!

Saya bukan berniat untuk merosakkan perniagaan orang, namun setiap produk kesihatan sepatutnya dijual dengan disertakan bukti klinikal. Malangnya, penjual produk ini hanya menyertakan maklumat isi kandungan "pad" itu dan menyatakan fungsi setiap bahan yang terkandung di dalam "pad" itu tanpa menyertakan bukti klinikal atau pengesahan daripada pakar perubatan. Hanya dakwaan bahawa "pad" ini mampu mengubati pelbagai penyakit disertakan untuk menyokong produk itu.

Detox foot pad kini laris dijual sama ada di Facebook, blog, laman sesawang, pasar tani, pasar malam, dan terkini di kedai-kedai runcit. Ada sebuah syarikat bumiputera menjual detox foot menggunakan jenamanya dengan harga setinggi RM7 ringgit sepasang, biarpun detox foot tanpa jenama dijual di pasaran "online" sekitar RM1 sepasang.

Dokumentari yang disiarkan di ABC ini mendedahkan "penipuan" di balik produk detox "pad" jenama terkenal. Dalam rancangan itu, sekumpulan sukarelawan telah diminta memakai produk itu. Antara hasil kajian yang diperoleh, responden mendapati "pad" yang dipakai oleh mereka tetap berwarna hitam dari hari ke hari. Walhal kesan itu sepatutnya berkurangan kerana toksik sepatutnya berkurang dari badan mereka dari hari ke hari.

Apabila dibawa ke makmal, pakar mendapati tiada apa-apa yang didapati pada "pad" yang telah dipakai oleh responden. Tiada toksik, merkuri atau segala macam logam, atau bendasing lain yang boleh menjejaskan kesihatan seseorang. Detox "pad" itu juga berubah menjadi hitam selepas terkena air biasa. Sebelum ini, seorang jurublog pernah melakukan ekperimen dengan meletakkan "pad" tersebut di atas cawan yang berisi air suam. Hasilnya, "pad" itu menjadi hitam. Saya ada menyiarkan
eksperimen itu di blog ini sebelum ini.

Pendedahan seperti ini telah lama dibuat di luar negara, malah syarikat yang menjual produk ini pernah disaman oleh Federal Trade Commission (AS) dan pengguna yang merasakan diri mereka tertipu.
Jadi bagi sesiapa yang mahu berniaga produk ini, lupakanlah sahaja niat anda jika pengeluar produk ini gagal menyertakan bukti klinikal untuk menyokong produk tersebut. Untuk menjual dan melariskan produk kesihatan bukanlah hanya bergantung pada testimoni semata-mata kerana testimoni boleh dikarang mengikut cita rasa penulisnya.



P/s: Jika produk kesihatan itu mempunyai bukti dan sokongan fakta klinikal, percayalah sudah tentu pengeluar produk itu akan mencanangkan fakta itu ke seluruh dunia dan mereka tidak hanya bergantung pada dakwaan dan testimoni semata-mata.

Hati-hati menjual produk kelentong, silap-silap anda akan disaman pengguna.

di petik dari blog http://duniacacamarba.blogspot.com

Monday, December 6, 2010

Friday, December 3, 2010

Sifat Air

Ramai yang dah tau bahawa sifat air ni "merakam"..tapi untuk menguatkan lagi keyakinan korang, aku sendiri pernah bersembang dengan tuan punya diri yang pernah bertemu dengan Prof yang kat jepun tu. Beliau sendiri membuat kajian pasal air ni..tapi bukan ini yang aku nak bagi tahu, yang aku nak sampaikan ialah jangan kita menidakkan air yang telah di jampi dengan ayat quran itu boleh memberi kesembuhan dengan izin Allah Taala. Apa bila serasi dengan ubatnya maka akan berlaku kesembuhan.

Mengikut kajian yang di jalankan (yang di sampaikan pada aku secara berdepan) setiap air yang di baca oleh setiap individu yang beserta dengan keadan-keadaan tertentu akan membuatkan perubahan sifat pada air. (air tu tak le berubah jadi milo o ke, sirap ke cuma molikul2 air). Yang paling cantik sekali apa bila air yang kita bacakan ayat2 quran itu di buat dalam kita berwudu dan juga selepas solat bersama dengan sifat kasih dan sayang dan belas kasihan pada pesakit / anak / sesiapa saja.

Bukti Kasih sayang dapat memberi sedikit kesembuhan
Biasa berlaku pada semua orang perkara ni, terutama kita berada dalam marah / kesulitan. Dalam pada kita tengah marah2 datang kenalan baik kita mengusap2 belakang kita, suruh sabar antara sebab2 dapat meredakan kemarahan tu adalah di sebabkan sentuhan ornag itu/kenalan kita itu pada kita. Apa kaitan dengan orang tu ? Orang menyentuh kita pada waktu itu akan terbit pada dirinya satu perasaan yang amat2 simpati pada kita, orang yang timbul perasaan simpati secara tak langsung akan menimbulkan kasih sayang. Tambah pulak kita yang tak bersalah (mangsa keadaan).

Orang yang bermaafan kebanyakan akan menangis bila mula berjabat tangan bukan waktu sebelum jabat tangan.

Jadi hati-hati dengan perasaan yang mungkin akan membuat orang lain terkena tempiasnya..marah, dengki, khianat itu semua merosakkan diri kita sendiri.


Suka betol aku tengok

Memang aku suka tengok orang yang buat dari hasil kerja tangan, tambah2 pulak orang tu bukan dari jurusan seni / art tapi boleh buat hasil kerja tangan. Banyak dah aku jumpa kat internet ni, berbakat. Tak heran kalau hasil kerja tangan diaorang ni dapat perhatian pengunjung internet, sampai ada yang boleh buat jualan lagi.

Dan yang paling heran sekali ada hasil kerjatangan yang kita sendiri tengok tak cantik pon ada orang nak beli. Mungkin ini yang orang kata buruk di mata kita cantik di mata orang. Rezeki buat penjual tu.

antara yang aku suka masuk laman blog craft ni http://cutieyfelt.blogspot.com/ dari pengamatan aku mmg budak ni berbakat, pandai main warna. sama ada warnapada benda yang di hasilkan atau warna latar belakang..mmg cantik. (pada mata aku la..huhuh)

Macam tak kena je




Jalan2 kat internet jumpa laman ni..adeshh, kecewa aku tgk. kot ye pon perelokkan le kedudukan grafik pada CD tu..walaupon penjualan ni menjurus kepada produk digital tapi nampak macam asal siap jek.

Dari pandangan mata aku, ni kerja janji siap..sepatutnya produk yang menawarkan cara membuat grafik pastikan grafik kita itu kemas dan tersusun dengan kata lain Layout tu kena jaga. Mungkin penjual ini tak mementing kan imej grafik tapi lebih mementing isi kandungan apa yang nak di jual..apa pon kena ingat keputusan di tangan pembeli.

Payah kalau tak paham

Hari ni solat jumaat, perkara kalau berlaku pada budak2 kecik ok le jugak mungkin tak de ilmu..ni tak orang tua boleh bersembang rancak masa khutbah..adeshhh.

Nasib badan...