Friday, October 29, 2010

Bawak Akak sedara pegi berubat

Salam

Malam tadi aku bawak akak sedara pegi berubat, memula dia sampai kerumah mak aku aku tgk masyaAllah muka takde seri. memang kebiasaan orang yang sakit sebab gangguan ni air muka dia suram, tak bermaya..sian aku tgknya. Tapi dah niat nak pegi berubat di satu tempat ni, terpaksa la temankan.

Sesampai di sana mmg takde orang, so mmg rezeki...kalau ikutkan mmg ramai orang, mungkin dah di set masa untuk datang agaknya.

Jadi masa proses mengenal pasti penyakit, makcik yang mengubat ni cakap sakit akak sedara aku ni dah lama..mmg lama le pon, cuma tak dapat kesan je..ni pon dah kena tahan wad sampai doktor nak amik air tulang sum-sum...kritikal le tu kan..maknanya bila dah nak ambik air tulang sum-sum maka kat situ kita dah dapat tahu secara tak langsung doktor dan pihak hospital dah tak boleh nak kesan penyakit tu. Bahaya ambik air tulang sum-sum ni, salah ambik lumpuh.

So rawatan tak lama tapi sembang aje lebih...jadiaku tgk byk gak le barang2 yang dia guna. mandi limau campur sireh..ahh byk le lagik...agak ada le dalam sejam setengah..rawatankali kedua hari Ahad, nak kasi clear bisa2 semua..insyaAllah kalau ada izin Tuhan untuk sembuh, maka sembuh la..

Thursday, October 28, 2010

Macam-macam

Malam tadi wife aku cerita kawannya mengalami sesak nafas. Terpaksa tahan Wad sampai 3 hari. Kalau ikut cerita dari wife aku tu bunyi macam gangguan juge..byk juge le aku tanya soalan kat wife aku untuk pastikan apakah betul ianya gangguan. Jadi untuk tidak membuat keputusan terburu2 aku ambik keputusan untuk tidak ambik pusing dengan hal ini. Cuma aku suruh wife aku sampai kan beberapa doa untuk buat amalan.

pesanan : sesak napas ni mmg ada kaitan dengan gangguan berdasarkan penglaman yang aku cuba ubati. Biasa orang kena sesak napas ni mesti berkait dengan sakit di tulang belakang. Sampai satu tahap badan dan juga anggota badan boleh kejang / krem so hati2 lah. Kalau pegi hospital tiada apa2 kesan dan hospital tak dapat detect ikhtiarkan cara doa pulak. InsyaAllah Allah beserta dengan orang-orang yang benar dan sabar.

Wednesday, October 27, 2010

Merawat Lagi

Malam tadi aku merawat bahagian kaki wife aku, dia kata kaki lenguh2 dan rasa ngilu2. Lepas aku pi mengurut abang aku yang excident tu..balik aku rawat wife aku pulak. Aku biarkan wife aku tidor dulu..sebab aku selesa kalau rawat dia tidor, senang nak buat.

Lepas aku bacakan ayat quran/jampi ada sikit getaran aku lihat. Mungkin tapak2 bisa masih ada. Tergerak dalam hati aku untukmenarik bisa, aku pon bacakan ayat untuk menarik biasa..aku tarik dari bahagian peha terus ke jari kaki..dalam masa tengah tarik tu aku lihat seolah macam ada benda yang ikut keluar..sampai wife aku terjaga dari tidor..aku tanya rasa apa..wife aku yang mamai2 bagitahu, macam ada benda kena tarik.

Alhamdulillah kata hati tu.
Aku tutup rawata buat penyembuhan menutup kembali "lubang2" yang mungkin ada bocor.
Wallahuaklam. Ku pulangkan segalanya pada Allah Taala

Tuesday, October 26, 2010

Jangan lupa ambik air kolah masjid

Kalau korang pegi masjid yang ada kolah untuk kegunaan ambik wudu jangan lupa ambik dan isi dalam botol bawak balik, sebab byk kegunaan air kolah ni. Paling tak ia boleh di gunakan salah satu ikhtiar anak2 nangis malam.

Malam tadi anak aku nangis, lepas puas pujuk tak nak jugak aku cuma basuhkan muka dan kaki..alhamdulillah baru lena tido.

Bercuti di PD

Hari Ahad lepas aku dan keluarga bercuti di PD, mengidap di salah satu hotel/apartment di sana. Sampai di sana dalam jam 1pm, nak check in awal lagi..so terus bawak anak2 ngan wife aku pegi mandi kolam..biasa la budak mana tak suka jumpa air kan heheheh.

Dalam 2.30pm baru dapat check in..ambik kunci terus tuju ke bilik..dalam sepanjang ke bilik dah terasa macam lain macam aje..mmg suram ya amat kawasan tu. tapi terpaksa cover le, tak nak anak2 sama wife aku rasa lain.

Lepas mandi petang pegi PD beli barang makan, lepas solat maghrib..lepak jap ngan keluarga ku, sembang2. Sampai kol 10 malam anak kecik aku mula merengek..adess, anak aku yang kecik ni ada bisul kat kepala..tgh sakit. so ingat sakit pasal bisul tu, dah le ubat tak bawak..so kasi dia tenang aje la...sejam berlalu tak jugak berenti nangis..cis, ini lain macam aje ni.

Aku pon ikhtiar le apa yang aku tau, hembus punya hembus baru nampak reda..dapat le tido kejap..baru je nak alih ke katil sebelah, nangis balik, pulak daahhh...langsung tak nak berenti..otak semua dah blank, aku pon cakap ngan wife aku mungkin ada benda lain dalam rumah ni, tetiba wife aku bersuara..."tak nak cakap" dia suh aku tutup pintu tengah bilik..sah le tu..ada penghuni lain..aku pon tutup pintu, aku suruh wife aku baca ayat qursi niat halau je. Nampak juga muka dia cuak aje hehehehe.

Aku keluar ke ruang tamu tempat benda tu diri, aku isi air dalam cawan baca doa..renjis kat ruang tamu, terasa berlari2 benda tu..sampai terasa dia duk kat belakang. Habis renjis tu aku just warning supaya benda tu jangan kacau family aku.

di pendekkan cerita..pagi tu aku tanya wife aku dia nampak apa? Dia cakap ada 2 ekor satu terpacak berdiri satu lagi kehulu kehilir...ermmm..pikir punya pikir..nak buat macam mana..dah mmg tempat dia..belakang laut depan hutan...arghh...

..dalam kol 12 dapat berita, abang aku excident pulak, terus siap balik KL..

Monday, October 18, 2010

Arghhhh....berapa bulan dah tak bayar ni

Dapat call dari abang aku..kata kereta adik aku kena tarik, pulak dahh...berapa bulan dah tak bayar ni..waduhhh..

Gadis Muslimah Terkinja2

Ahh..betul ke ni..masa konsert Maher Zain di katakan ramai gadis2 muslimah terlompat2..ishh, malu beb kalau budak2 kaki disco dengar ni..adehhh sepatutnya lagu di hayati di lalam hari b ukannye melepaskan dengan terlompat-lompat.

apa pon ini sebahagian info..betol atau tak aku tak pasti..sapa yang pegi masa konsert tu dia saja yang tahu. Mungkin lepas ni pada penonton di bagi kan tazkirah sebelum konsert bermula.

Malu sehhh..

Friday, October 15, 2010

Lebam-lebam di tubuh badan

Kalau ikut ceramah berkenaan Jin ni, lebam2 ni adalah akibat di gigit oleh jin, puncanya tidor petang..so elakkanle tidor petang sebab salah satunya boleh buat kita jadi bengap, lama-lama jadi mereng.

Satu lagi dalam ceramah tu cakap kalau dapat lihat kat lebam tu akan ada 5 lubang..tapi mmg ye, tak silap aku dulu adik aku pernah kena lebam2 ni mmg ada 3 lobang..macam kena gigit.

Wallahuaklam..yang boleh jadi panduan kita ambik la ye.

Belalang dalam rumah

Kisah ni lepas aku merawat kaki mak mertua aku.

Ntah le, gerak hati ku cakap macam bukan belalang kosong. Aku pon ambik botol kosong, elok aje aku nak tangkap dia lari..uikk, lain macam aje. Aku cari mane pulak peginya..aku kibas kain nampak dia terbang..tapi dia terbang rendah jek pusing-pusing. Sekali dia landing kat lantai. Aku pon hembus dengan ayat quran..eh diam pulak, tadi ligat sangat. Pap..aku tangkap..nampak macam belalang padi sebab mata merah. KL mana ada padi daaa..so ?

Sehari aku biarkan kat dalam tu. Aku refer kat sahabat aku..dia cakap lepaskan, sebelum lepas aku kosongkan pemikiran belalang tu hehehe...dah tu di suruh oleh sahabat ku. Aku yang tak tau apa..turuti aje lah.

Fuhhhh..aku hembus, dan aku lepas kan.


Spy ke?

Wallahuaklam

Ikhtiar saja

Aku cuma ikhtiar saja..bila sorang kawan aku bagi tau anak dia nangis malam2. Nangis dalam waktu berskala yakni waktu2 tertentu. Kesian juge aku dengarnya..jadi aku cuba dapatkan beberapa maklumat tentang anak tu. Malamnya, lepas solat maghrib..aku berdoa pada Allah supaya di hindarkan segala gangguan dan aku mohon juga supaya anak itu di beri perlindungan. Aku makrifahkan anak tu duduk dalam benteng / pendinding.

Esoknya aku tanya keadaan anaknya. Maklumat yang aku dapat anaknya tak menangis malam tu, elok saje tidur sampai ke pagi. Alhamdulillah kata ku. Aku juga bagi tahu supaya perhatikan dalam 3 hari dan juga aku pesankan elok rumah di pagarkan sekali.

2 hari lepas kawanku minta buat pagar rumah. Aku ambik kesempatan bertanyakan keadaan anaknya. Di kabarkan anaknya menangis lagi. Kata hati ku rumah pon nak kena pagar le macam ni.

Malam tu juga aku buatkan pagar. Aku mohon pada Allah supaya di keluarkan segala gangguan yang ada dalam rumah..Ayat-ayat menghalau aku bacakan dan aku pagar dalam dan luar rumah. Ini aku buat secara jauh. Ibaratnya seperti mendoakan seseorang juge. Jika di izinkan Allah berkehandakan jadi, maka jadilah.

Esok aku tanya macam mana malam tadi keadaan anaknya. Kawanku cakap Alhamdulillah takde menangis, cuma nangis nak tido aje. Alhamdulillah.


16.10.2010
Aku terima panggilan dari kawan ku ini, minta aku tolong ubatkan anaknnya. Memandangkan ada beberapa sebab aku terpaksa menolak antaranya keadaan isteri aku sedang pregnant 6 bulan dan dalam keadaan kurang sihat. Jadi aku pesan dan nasihatkan cuba cari orang lain dahulu. Aku rasa dia paham situasi aku ini.

Malamnya aku terima sms dari kawanku ini mengatakan anaknya menangis lagi. Sempat aku balas smsnya, aku suruh kawan ku ini bacakan aayt Qursi pada kaki kiri anaknya.

Aku ambik wudu' dan solat hajat. Aku mohon pada Allah supaya segala gangguan di jauhkan. Lepas solat hajat aku heningkan diri dan mohon pada ALlah sama seperti mana doaku yang awal tadi cuma aku tambah sikit supaya segala gangguan yang berpunca dari mana2 yang mempunyai laluan atau sumber keluar masuk aku minta Allah putuskan.

Dalam pada tu dalam bayangan aku dapat melihat adanya gangguan, (berbaju putih rambut panjang) tapi ianya dalam keadaan yang hilang arah mungkin "tali-tali" gangguan dah terputus, walhuaklam. Lepas aku selesai berdoa aku mohon pada Allah supaya di musnahkan gangguan tersebut. Aku terpaksa guna kaedah bakar. Selang beberapa saat aku buat kaedah bakar aku terima sms kata anaknya menangis sampai tertido dan baru saje tidor, dalam hati aku mencucapkan syukur Alhamdulillah. Mudah-mudahan Allah sentiasa membantu.

Sebagai penutup malam tu aku minta kawan ku baca apa2 surah niat di pagarkan anaknya.

17.10.2010
Malam tadi aku dapat call lagi, dalam kol 9.15 malam, anak kawan aku menangis lagi..kedengaran anak dia nangis. sian pulak aku dengarnya. Aku cakap sama-sama le ikhtiar. Aku pon solat hajat mohon Allah bantu. Aku mulakan dengan Doa Pemutus dan aku sambuang dengan Kaedah Melebur. abis kaedah tu aku lanjutkan baca Yassin Tunggal, aku mohon supaya Allah permudahkan urusan.

Dalam kol 10 malam lebih aku sms, tapi tak berbalas..dalam hati aku rasa mungkin dah tidor..maknanya anak dia dah tido le tuh..Alhamdulillah. Ku pulangkan pada Allah segala-galanya.

Paginye aku sms tanya macam mana malam tadi..dia cakap dia tido kol 10..betulle jangkaan aku tu hehehehe. Baby yang kena gangguan kalau kita bacakan ayat quran ada sesetengahnya akan muntah / tersedak ni ikut pengalaman aku la..tapi lepas tu insyaAllah dia lega.



note:dah buat pagar pon gangguan tu leh masuk lagi..mesti ada something yang kena rungkaikan

Wallahualam.

Mengubat diri

Jom kita sama-sama mengubat diri. Sebelum tu kena tau la dulu step2 nye.
Kita ambik secara ringkas. Sebelum nak ubat diri pastikan yang kita tau bahawa diri kita ni ada sakit. Eh..tau, ini cerita bab ubat diri yang dalam tu..ubat Rohani kita. Badan sasa, cantik tapi rohani sakit. Sebab tu orang-orang yang arif pasti merasakan diri mereka sentiasa sakit.

Jadinya kalau dah tau diri kita ni sakit cari ubat.
Sakit yang di maksudkan kat sini ialah sakit batin. Riak, Takbur, Bangga diri, sombong, macam2 perkara yang membuatkan kita lupa diri. Jadinya rasanya tak perlu lah nak di listkan sebab kita sedia maklum penyakit ni. busuk hati, dengki tu la dia penyakit hati. Penyakit hati ni dia akan memakan amalan kita sikit demi sedikit. Kita kena ingat bahawa pertemuan kita dengan Tuhan bukan la dengan wang ringgit, harta kekayaan badan yang kuat / gagah / sasa..tapi kita membawa hati yang ikhlas dan redha. Hati yang ikhlas dan redha ni adalah hati yang telah menempuh penyucian hati, yakni hati yang sudah ketemu ubat.

Bengong betol la

Bengang betol aku, kat opis ni line tak stabil, kejap tukar server la..kejap kang cucuk kat server lain la. leceh tol.

Tuesday, October 5, 2010

Takde apa boleh buat

Pada hari sabtu yang lepas aku ke rumah mak sedara untuk melihat perkembangan anaknya yang di katakan ada gangguan. Tetapi sampai di sana..anaknya sedang lena tidur..jadi aku buat keputusan untuk tidak membuat sebarang rawatan hanya sembang2 kosong aje yang di bicarakan.

insyaAllah akan di adakan pertemuan akan datang

Friday, October 1, 2010

Apa yang bertenggek kat atas ni

Kalau dah hantu setan tu, mmg hantu setan jugak la. Tambah kalau dalam tandas, memang rumah dia. Tengah mandi terasa ada orang tengah perati...sekali imbas macam yang berambut panjang.."jangan kacau aku," bukkk...aku tepuk dinding.

Internet terok

Adehh...apa le halnya ngan internet ni.

Merawat Tangan Ayahku

Sakit ayahku ni dah lama, bermula pada kaki rasa bisa yang amat sangat. Sampaikan terpaksa lilit getah di hujung jari-jari kaki. Lama juga ayahku ni pegi ikhtiar cari penawar..ada kata kena sihir. Waktu ni aku tak reti nak buat apa, mana taknya ilmu takde. Lepas sorang sorang perawat ayah ku pergi. Paling lama dapat bertahan 3 bulan lepas tu sakit balik. Ke Hospital ? Jangan cakap le udah puas pegi, check darah, kencing manis..semua ok. Luka keck jek tapi tak baik2. Tak baik satu hal..bisa sakitnya Allah saje yang tahu, sampai aku tengok pon ayah aku dah naik cengkong.

Waktu Malam
Waktu malam adalah waktu sakit bagi ayahku, menahan sakit. Pernah aku perati tiap-tiap malam ayahku menahan sakit. Sampai satu tahap ruas di slaah satu jari kaki terpaksa di potong, sebab dah biru kehitaman. Tanda sel dah mati. Mujur ada adik iparku bekerja sebagai Nurse membantu membersihkan. Dah kudung jari kaki. Lepas dari tu nampak macam dah tak sakit cuma rasa ngilu pada kawasan tu. Aku ingat habis di situ..rupa-rupanya naik ke jari-jari tangan pulak..adessss.

Hujung jari tangan pulak sakit. ayah ku cakap macam kena cengkam. Aku pon mula cari maklumat tentang sakit ayahku ini..maklumat yang membuat aku yakin adalah ayahku di sihir.

Tiba Masanya
Aku rasa dah tiba masanya giliran aku pula mengubati ayahku dengan ilmu yang baruku pelajari yakni perubatan islam. Bukanlah niat aku nak menjadi seorang perawat Islam tapi aku suka dengan ilmu perubatan islam terutama kaedah orang-orang sufi.

Merawat
Aku pegang pada bahagian ubun2 ayahku aku bacakan ayat2 quran. Aku perati ayahku batuk2, mata terpejam, dan kerap menguap sewaktu aku bacakan ayat2 quran. Sesekali aku merasa meremang bulu roma ku. "Huh ada ni...bisik hati ku" di sebabkan aku baru dalam perubatan islam ni..aku buat keputusan untuk hentikan rawatan.

Beberapa hari selepas tu aku kerap merawat ayahku, dengan berbekal beberapa maklumat yang aku dapat dari sahabat yang arif dalam bidang perubatanini dan yang aku yakini ilmunya aku ikhtiarkan lagi. Kaedah tepuk setiap sendi, pecah tapak bisa, tarik bisa, bukak laluan semua aku praktikkan. Alhamdulillah nampak sangat2 berkurang. Aku mandikan ayahku dengan air limau, memang ada tindak balas..sakit amat sangat pada tempat sakit. Bermakna tempat yang ada gangguan sudah mula terkesan.

Selang beberapa hari, hari berganti hari alhamdulillah ada kesembuhan..sampai la sekarang ini.
Syukur pada mu YA Allah dengan ilmu yang amat-amat sedikit ini kau izinkan aku untuk membantu ayahku. Alhamdulillah.

Merawat Kaki Akak aku pulak

Ni kisah lama dah..rasanya hujung tahun 2009
Punca sakit secara tiba2 di bahagian atas tapak kaki. Bila buat scanning hanya ada sedikit simptom2. Tak silap aku adale 3 kali aku rawat.

Rawatan pertama aku cuba tarik segala bisa. 2/ 3 hari nampak surut. Tapi sakit masih ada.
Last aku buat jampi ayat quran panjang skit. Masa ni akak ku ada terasa pening..panas di bahagian kepala. aku tutup rawatan dengan bagi sebijik limau untuk mandi dan air penawar.

Selang 3 hari aku panggil balik..aku cakap nak tarik bisa. Aku tepuk2 kat tempat sakit..lepas tu baru aku tarik guna paku.

Alhamdulillah dalam tarik bisa tu terdetik dalam hati aku mengatakan insyaAllah akan sembuh.
Ye Tuhan izinkan kesembuhan untuk akak aku sampai sekarang semoga akan datang juga.


note: kalau seseorang tu pernah kena sihir kebarangkalian akan mudah terkena lagi.

Merawat kaki Mak mentua

Kisah 3 bulan lepas, lepas aku dapat tahu mak mentua aku berada dalam kesakitan di bahagian lutut kiri. Info yang aku dapat sakitnya secara tiba2 sehinggakan tak dapat berdiri dan berjalan. Maka di teleponnye lah anak2nya yang berada di KL. Jadi aku dan isteri ku ambik kesempatan untuk menziarah. Sesampai di sana aku hanya bertanya beberapa persoalan yang biasa.

soalan yang aku macam mana rasa sakitnya, apa puncanya..di jawab sakitnya terasa di cucuk2, punca tak pasti apa yang pasti lepas subuh terus rasa sakit, dan mak mentua aku cakap mmg ada kesan lebam di bahagian lutut tu. dalam tengah aku mengelamun tergerak untuk ikhtiar merawat.

Pertama sekali aku minta minyak gosok, aku bacakan ayat2 quran pada minyak untuk di gosok pada tempat sakit. Lepas gosok2 aku letak tapak tangan kanan kat tempat sakit aku jampikan dengan ayat quran, satu yang aku rasa (tapi aku diamkan aje) aku rasa satu bahang panas di sekeliling sampai terkelur jugak peluh2 dingin kat dahi aku. lepas aku letak aku tarik segala bisa yang ada, lurut dari lutut terus ke jari2 kaki. berualang kali aku buat. Dalam waktu tu baru aku rasa hawa dingin yang normal. Dalam hati ku..aku ucap alhamdulillah, semoga Allah beri kesembuhan.

Selang beberapa hari wife aku tanyakan kabar tentang ibunya..satu soalan yang biasa keluar dari pesakit ni.."Laki kau takde ke cakap apa pasal sakit mak ni" hehehehe...nasib wife aku cakap takde apa. Mula mentua aku cite masa aku jampi ayat quran tu dia rasa mencucuk2 kat hujung jari2 kaki. dan terasa panas pada bahagian2 tertentu. Jadi tak payah le aku cite apa puncanya.

Selang beberapa hari tup..tup aku dengar dah boleh jalan pegi solat terawikh..Alhamdulillah.
Kalau ikutkan masa sakit tu jangan kata jalan diri pon tak boleh. Alhamdulillah Tuhan meletakkan kesembuhan buat mak mentua aku.

Wassalam