Tuesday, November 30, 2010

Hawa tercipta saat Adam tertidur

Mengapa Hawa tercipta saat Adam tertidur dan Hawa melahirkan saat dirinya terbangun??

by Blog Nya Mas Rully on Thursday, 25 November 2010 at 15:53

Seorang laki-laki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya,, Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cinta nya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebus nya dengan kehidupannya.

Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu(jantung, hati nurani). Oleh karena itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikan nya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang istri yang penurut.

Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, “jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.” Maksud nya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki.

Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu berarti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang ,,,,,,,

Tuesday, November 23, 2010

Ulser Mulut

Alhamdulillah aku dah ketemu ubat ulser mulut untuk diri ku sendiri.

sapa nak cuba boleh cuba
sapukan madu lebah (khaula atau apa2 pon boleh asal asli) sehari 3 kali
insyaAllah 2 hari dah hilang sakit.
sapu tepat pada tempat ulser tu

Friday, November 12, 2010

Anak yang susah tidor

Salam

Hari ni aku nak kongsi pada kengkawan yang sudi baca blog aku, mmg aku tak open sangat blog ni macam blog aku yang satu lagi.. kat sana aku bersyukur sebab ramai yang dapat maklumat tentang perawat dan tempat nak pegi berubat. Jadi posting kali ni aku cuma nak share apa yang aku pernah buat.

Ok kalau ada anak2 yang susah tidor malam, yang jenis bila lelap aje nangis..lelap aje nangis, atau tidor dalam terkejut2, memula perati kan semua keadaa fizikal, kalau lampin basah tukor le..kalau nak susu bagi le..check kalau2 ada ada semut ke yang gigit., jadi kalau semua tu ok, clear..cuba cara ni

Ambik posisi atas kepala dia (bukan duduk atas kepala budak tu ye...innalillah jawabnya hehehe)
pastu halakan tapak tangan kanan kat atas kepala dia (ubun2) nak letak terus pon takpe..tak sentuh pon takpe pastu baca ayat ni

1- AlFatihah
2- Selawat
3- Doa (minta pada Allah supaya kalau ada benda yang menggangu yakni jin/setan/iblis atau pandangan ain minta Allah jauhkan dan minta Allah pulihkan anak kita tu)

4- Baca Alfatihah 1x
5- Kaf Ha Ya Ain Shod, Haa Mimm, Ainnn Sinn Qofff 3/7kali
6- Baca surah As Soffat 1-10 sekali.
7- 3 Qul Hembus perlahan
8 - Tutup dengan selawat 3/7 kali

kalau buat betul2 dengan yakin bahawa Allah itu maha Mendengar dan Maha Penyembuh masa step ke 5 akan nampak perubahan pada anggota badan anak tu..nampak bergetar. Dalam waktu yang sama kita akan rasa suasana tenang semacam lapang..insyaAllah tu tanda berhasil

Wallahuaklam, semoga manfaat.

Tuesday, November 9, 2010

Scan Diri Sendiri

Kaedah mengesan sama ada diri sendiri ada gangguan jin atau tidak
* di petik dari FB sahabat perawat (Faizal Muallij)

KAEDAHNYA..

1. Baca BISMILLAHIRAHMANIRAHIM

2. Tarik nafas panjang melalui hidung

3. Hembus perlahan ikut mulut

4. Lakukan 21x

PERHATIAN : SEKIRANYA ANDA TIDAK BOLEH
MENGHABISKAN DALAM KIRAAN 21X.. BERHENTIKAN BACAAN

Tanda tanda semasa lakukan atau selepas bacaan :

1. Sakit dibahu
2. Sakit diperut
3. Sakit tulang belakang/belikat
4. Sakit kaki atau lutut
5. Sesak nafas (kritikal)
6. Sakit kepala / pening
7. Ada pergerakkan dalam badan.
8. Kebas tangan atau kaki

*ana kongsikan teknik ini untuk perawat atau bukan perawat...

InsyaAllah semoga Manfaat

Amalan Baca Yassin

Ini adalah sebahagian dari amalan baca Yassin, kegunaan untuk memohon perlindungan daripada Allah untuk mengelakkan segala kejahatan sama ada gangguan makhluh halus atau sebagainya.

InsyaAllah semoga manfaat

Dibaca tiap petang @ Malam.

Kafiatnya :
Hadiah Fatihah pada
1.Rasulullah, keluarga, sahabat, tabiin dan ulama2.
2.Guru-guru
3.Seluruh ahli keluarga,isteri dan anak2.

Kamudian baca Yassin seperti biasa..tapi bila sampai pada ayat 29, ulang ayat ini sebanyak 21x cukup 21x terus sambungkan bacaan hingga bertemu ayat 37, ulang lagi sebanyak 21x ayat 37 ni..kamudian terus hingga selesai.

Lepas bacaan Yassin berdoalah minta Allah jauhkan segala bentuk gangguan yang ada pada diri sendiri,keluarga dan rumah sama ada yang zahir mahu pon yang batin.

Buat dalam 7 hari pertama tiap2 malam, minggu kedua boleh di lat semalam dua. Minggu ketiga & keempat pun begitu

Niatkan amalan ini buat diri serta keluarga dan rumah. Paling afdal dan elok ajak isteri/suami serta anak2 buat secara berjemaah dan buat solat hajat terlebih dahulu..

kalau tak dapat buat hari2 buat malam selasa atau malam jumaat

(Setinggi terima kasih pada Ustaz Idil - Sarawak)

Banyaknye kerjaaaaa..

Banyak nye nak buat drawing, dekat2 100++ drawing mimic panel.

Wednesday, November 3, 2010

Adik aku minta di scan

Malam tadi adik aku minta di rawat, Aku mula dengan scanning / mengesan samada, ada gangguan atau tidak. Dalam pertengahan scanning dia mula rasa sejuk2, lenguh2 pada bahagian kaki, lagi lama aku bacakan ayat quran lagi kuat pulak gerakan pada bahagian kaki. Aku tamatkan rawatan cukup sekadar pada malam tu. Aku suruh mandi limau jek..mandi limau ni bukan nak tunggu ada gangguan atau pon tidak, banyak manfaat mandi limau ni..salah satunye boleh menguatkan rohani.

Mungkin ada rawatan susulan. InsyaAllah akan aku manfaat ilmu yang ada untuk keluarga tersayang. InsysaAllah

Tuesday, November 2, 2010

Rumah Clear

Alhamdulillah malam tadi buat tinjauan pada rumah aku sendiri..Alhamdulillah buat masa ni rumah clear..cuma ada beberapa spot yang kena cuci, di kenalpasti itu hanya "tapak2" atau kesan2 peninggalan alien.