Tuesday, September 13, 2011

Renungan 2 : Setiap yang bernafas, Pasti akan Mati – Kullu nafsin za iqatul maut



Salam pada diriku yang di kasihi dan juga pada pejalan blog

Dalam aku tengah layan bacaan talkin dalam youtube (bacaan Allahyarham M.Rajoli) tergerak hati aku nak tgk jam..aku tgk dah pukul 10:44 am. Apa lagi macam biasa aku bukak tafsir  cari surah ke 10 ayat ke 44 ini yang aku dapat

10. Yunus [44]
"..Sesungguhnya Allah tidak menganiaya manusia sedikitpun, akan tetapi manusia jualah yang menganiaya diri mereka sendiri..."


MasyaAllah, Subhanallah... 

nota : bagi aku tiada istilah kebetulan dalam dunia ini melainkan semuanya dalam Ilmu Allah.


sebagai renungan petikan Talkin


Bismillah hir rah man nir rahim.
Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa’ dan Qidam,Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa.
Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.
Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan
binasa,melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.
Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini. Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.
Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.
Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala. Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata:
Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?
Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.
Hendaklah kamu jawab begini:
Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu qiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan,mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku. Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku,bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: “La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah”.
Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.
Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawa senya mati ini
adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar, bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar, berkumpul dan
berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar.
Bahawa senya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur. Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala.
Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah mudahan Allah Taala menjinakkan hati
kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal
kebajikan kamu.
Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW. Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham
dulillahi rabbil alamin.

Monday, September 12, 2011

Renungan

Subhanallah,

Semoga keampunan dari Allah pada kita semua..Amienn

Dalam mencari2 mp3 alquran kat internet tadi, dalam hati aku mula memilih antara syeikh mana yang baca sedap..dalam pilih punya pilih, cari punya cari link plak takde. ciss..aku pun tgk jam kat PC ni..jam tunjuk 3:23 pm , tergerak hati aku nak bukak tafsir, aku pon bukak yg online punya http://www.alquran-melayu.com/ aku terus ke surah 3 ayat 23..

3. Al-i-’Imran [23]
Tidakkah engkau pelik memikirkan (wahai Muhammad) terhadap sikap orang-orang (Yahudi) yang telah diberikan sebahagian dari Kitab Taurat, mereka diseru kepada Kitab Allah supaya Kitab itu dijadikan hakim (mengenai perkara-perkara yang timbul) di antara mereka. Ahli-ahli satu puak dari mereka berpaling ingkar sambil menolak (seruan dan hukum Kitab Allah itu).


kan dah kena sebijik..

Thursday, August 18, 2011

Cerita Pendek

Salam selamat berpuasa..

Ni cerita pendek aje la..takde yg menarik pon, ceritanya pasal sorang kawan satu forum, aku terbaca yang dia demam berbalik2, sakit bahagian sendi. jadi dalam tengah baca tu aku pon menyibukkan diri tanya lebih kurang pasal sakitnya. ye lah kan dalam bulan puasa ni setidak-tidaknya kalau tak dapat nak buat 100% perkara yang mendatangkan manfaat dapat buat mana yang terdaya pon dah syukur sesangat.

Jadi selang sehari tergerak hati aku untuk mendoakan supaya kawan aku ni sembuh..jadi aku pon buat lah solat hajat..ye la kita ni hamba nak minta ngan Allah setidaknya kena la mohon, takmohon mana nak dapat kan..lepas solat hajat aku pon doa supaya di sembuhkan. Dengan kaedah menarik sakit, aku pon tarik le...aku ulang sampai aku rasa semuanya ok..bagi aku sembuh ke tak, jadi ke tak jadi bukan persoalan asalkan niat aku untuk membantu terlaksana.

Aku harap semuanya  pulih seperti sedia kala..dengar cerita dah ok...apa pon nasihat aku ubat klinikal jangan di lupakan sebab apa yang di dorongkan oleh Allah untuk menjadi ubat pada kita itu semuanya adalah gerak dari yang Maha Esa. syukur sahaja.

Wallahuaklaj..sekadar berkongsi cerita..memandangkan blog ni lama tak update..


Friday, April 22, 2011

10 Ayat Pertama Surah Al Kahf

Umat akhir zaman disuruh oleh Rasulullah amalkan surah alkahfi 10 ayat awal dan 10 ayat akhir untuk kebal terhadap fitnah dajal.


Al-Kahf
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
10 Ayat Pertama Surah Al Kahf

Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong): (1)  

(Bahkan keadaannya) tetap benar lagi menjadi pengawas turunnya Al-Quran untuk memberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dengan azab yang seberat-beratnya dari sisi Allah dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik. (2) 

 Mereka tinggal tetap dalam (balasan yang baik) itu selama-lamanya. (3)  

Dan juga Al-Quran itu memberi amaran kepada orang-orang yang berkata: Allah mempunyai anak. (4)

(Sebenarnya) mereka tiada mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya dan tiada juga bagi datuk nenek mereka; besar sungguh perkataan syirik yang keluar dari mulut mereka; mereka hanya mengatakan perkara yang dusta. (5)  

Maka jangan-jangan pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu disebabkan menanggung dukacita terhadap kesan-kesan perbuatan buruk mereka, jika mereka enggan beriman kepada keterangan Al-Quran ini. (6)  

Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya. (7)  

Dan sesungguhnya Kami akan jadikan apa yang ada di bumi itu (punah-ranah) sebagai tanah yang tandus. (8)

Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah "Ashaabul Kahfi" dan "Ar-Raqiim" itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami? (9)

(Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami. (10) 

10 Ayat Terakhir Surah Al-Kahf 


101.

(Iaitu) orang-orang yang matanya telah tertutup daripada melihat tanda-tanda yang membawa kepada mengingatiKu, dan mereka pula tidak dapat mendengar sama sekali.

102.

Maka adakah orang-orang kafir menyangka bahawa mereka mengambil hamba-hambaKu sebagai makhluk-makhluk yang disembah, selain daripadaKu, dapat menolong mereka? Sesungguhnya Kami telah sediakan neraka Jahannam bagi orang-orang kafir itu sebagai tempat tetamu.

103.

Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya?

104.

(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan".

105.

Merekalah orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan denganNya; oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatya Kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka, pada hari kiamat kelak.

106.

(Mereka yang bersifat) demikian, balasannya neraka Jahannam, disebabkan mereka kufur ingkar, dan mereka pula menjadikan ayat-ayatKu dan Rasul-rasulKu sebagai ejek-ejekan.

107.

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, disediakan bagi mereka Syurga-syurga Firdaus, sebagai tempat tetamu (yang serba mewah).

108.

Mereka kekal di dalamnya, (dan) tidak ingin berpindah daripadanya.

109.

Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan".

110.

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya".

Monday, March 14, 2011

Kunjungan saudara mara

Alhamdulillah, semalam saudara mara dari belah utara datang, dalam sebuk berborak, terkeluar le cite pasal anak perempuannya yang mengalami masalah gangguan, boleh di katakan gangguan ni dah lama..tinggal lagi kesembuhan belum memihak pada dia. tapi apa yang aku dapat buat kesimpulan gangguan ini dan merangkumi satu keluarga, jadi proses untuk merawat tu mungkin melibatkan kesemua sekali. tapi di sebabkan dah tengah malam, cancel aje la hasrat nak ikhtiar merawat..aku pon tengah penat. mungkin malam ni kalau ada kelapangan. kalau ikutkan malas nak merawat, bukan reti sangat pon tapi bila dah sedara mara bertanya itu ini..mungkin ada hajatnya di situ. InsyaAllah mudah-mudahan Allah permudahkan.

Kalau ikut dari simptomnya nampak kelibat orang, badan terasa macam mencucuk2, duduk dalam toilet lama, terdengar bunyi nafas orang dalam bilik, kerap kena ganggu masa tidor, tak boleh tidor / susah tidor, kalau ikutkan itu saje dah cukup untuk mengatakan adanya gangguan..apa pon serah pada Allah.

Friday, March 11, 2011

Tukar punya tukar

Tukar punya tukar template habis hilang semua blog list..leceh betol  nak cari balik..

Wednesday, March 9, 2011

MENGENALI MANDUL AKIBAT GANGGUAN JIN

Ada yang nak anak ada yang tak nak anak..ada dapat anak di buang merata2..bersepah2. Zalim kamu !!
Aku nak kongsi maklumat yang aku perolehi dari satu blog ni, berkenaan mereka yang merasakan diri mereka mandul, sekiranya korang dah buat pemeriksaan di klinik / hospital dan mendapati tiada apa2 masalah cuba tengok keadaan di bawah ni pulak. InsyaAllah kalau semua boleh selesai ada rezeki untuk anak. memang ada cerita yang jin ni boleh dan akan hembus pada benih2 sampai kering. Sebab tu Nabi suka ummat yang ramai, seolah2 nak bagi tau zaman akan datang akan susah nak dapat anak. Nak kenal jin suka pada apa, siapa, perkara apa...kita kena lihat apa yang Nabi kita suka. Nabi suka satu2 perkara Iblis/setan mesti tak suka..kat situ lah dia akan menempel. Sunat melakukan hubungan seks pada malam jumaat tapi berapa ramai yang tak dapat buat hubungan seks pada malam jumaat...teliti dan teliti..renung jangan sampai termenung.

Monday, March 7, 2011

Doa sakit Kulit / Gatal2 dll

Doa Nabi Ayub AS

أَنِّي مَسَّنِيَ الضُّرُّ وَأَنْتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ 
“Wahai Tuhanku,sesunguhnya aku telah di timpa penyakit dan Engkau Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang”.(Surah Al-Anbiyaa’:83)

InsyaAllah......

Cukupkah Untuk Diri sendiri?

Kebiasaan pada diri kita ini hanya melihat diri kita sahaja. Walau apa pon jua bentuk yang datang pun pasti kita melihat diri kita sendiri..tapi jarang yang melihat diri kita ini telah banyak menyusahkan orang lain, termasuklah kita menyusahkan anak dan isteri,ibu bapa, adik beradik, sedara mara dan kawan-kawan. Jadinya mampu ke kita nak minta maaf pada setiap orang.

Kalau jawapan kita YA dan MAMPU di persilakan..persoalan yang timbul, dah berapa lama kita hidup..20 tahun 30 tahun ? dalam lingkungan 30 tahun itu berapa ramai pulak kita telah menyusahkan orang lain?..Jawapannya mana nak mampu mohon maaf pada setiap orang..kalau secara langsung dan nyata dosanya mungkin boleh di perkirakan..yang tidak nyata?

Wednesday, March 2, 2011

Mohonlah KeRedhoan Allah

[27] (Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): “Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! -
[28] “Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) ! -
[29] “Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia -
[30]“Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! “ 
89. Al-Fajr

Mohonlah KeRedhoan Allah

Setiap manusia pasti melakukan kesalahan dan kesilapan, tidak ada anak cucu adam yang melata di bumi ini yang tidak melakukan dosa walau sebesar zarah sekali pon. Oleh itu di wajibkan bagi kita kesemua manusia memohon dan meminta keampunan pada Sang Pencipta. Mohon lah sehingga kamu merasakan kamu redho dengan setiap kesalahan yang pernah kamu lakukan itu adalah datangnnya dari kesilapan dan kesalahan diri kamu sendiri di sebabkan kurangnya Iman kamu pada waktu itu. Mengakui diri sendiri pernah melakukan kesalahan dan kesilapan adalah ciri-ciri orang islam sejati. (Sejarah Nabi Allah Adam a.s mengakui pernah melakukan kesilapan lantas baginda bertaubat.)



“Ya Tuhan Kami, Kami telah Menganiaya diri Kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni Kami dan memberi rahmat kepada Kami, niscaya pastilah Kami Termasuk orang-orang yang merugi.” (Surah Al A’raaf :23)

Oleh itu setiap apa jua kebaikan yang kamu lakukan di dunia ini adalah menjurus kepada mendidik hati kita supaya redho dengan setiap ketetuan yang Allah timpakan pada kita pada hari semalam, hari ini dan di kemudian hari kelak, baik berupa keperitan hidup di dunia mahu pun azab-azab yang di timpakan di akhirat kelak. 


Bagi orang yang telah persiapkan diri mereka dengan meletakkan diri mereka redho dengan apa jua yang bakal menimpa pasti tidak akan ada resah gelisah dan mendakwa-dakwi di sana sini. Apa yang di rasakan hanya lah ketenangan yang hakiki.


Sebab itu lah kita di tuntut untuk melakukan amalan yang baik yang di syariatkan oleh Allah melalui RasulNya Nabi Muhammad s.a.w,... kerana apa? Kerana ia merupakan alat penenang hati bagi kita untuk menghadapi liku-liku dan onak duri sepanjang hidup kita di dunia ini. Liku dan onak duri sepanjang di dunia ini adalah merupakan alat atau bahan ujian pada kita supaya kita akan benar-benar mengalami perasaan redho itu sendiri. Dunia itu adalah Jambatan kamu menuju ke akhirat, maka pergunakanlah sebaik mungkin jambatan ini, mudah-mudahan kamu sampai ke destinasi tanpa membawa sebeban masalah. 


Hati yang tenang dan redho dengan setiap apa yang di tentukan oleh TuhanNya pasti tidak menghirau di manakah ia akan di tempatkan kelak, sama ada di syurga atau pun neraka, kerana ia sudah bersiap diri dengan keredhoaan  yang bakal di hadapi, Menghadapinya itu dengan hati yang tenang..lihat sahaja segelintir manusia, ibu yang kehilangan anak, isteri kehilangan suami dan sebaliknya, ibu yang di bunuh, anak yang di rogol sehingga mati, kenapa ada di antara mereka ini redho. Pasti di jiwa mereka ini telah di latih dengan sifat meredhokan apa yang telah terjadi..dari mana datangnya kekuatan ini ? Jawapannya adalah dari amal ibadah yang baik dan ikhlas semata-mata ingin mendambakan Redho dari Allah. Makanya kita ini mestilah redho dahulu dengan setiap apa jua yang bakal kita tempoh dengan sebenar-benar redho, mudah-mudahan Allah redho dengan setiap apa yang kita kerja dan lakukan. Apabila kita redho dengan Allah, dan Allah meredhoi kita maka masuklah kita ke dalam syurga dengan hati yang puas.

Thursday, February 24, 2011

Itu Lembu sapa punya

2 hari anak aku yang kecik tak lena tidor, bengong betul. Akhirnya baru tahu apa punca..rupanya ada makhluk asing yang menjengah masuk melalui tingkap. Bertanduk serupa macam lembu.Awal aku ingat anak aku ni nak naik demam sebab suhu dah suam2. Bagi ubat..panas turun tapi tak juga lena. maka di layan le sampai ke pagi. Pagi nya wife aku cakap kepala pening2, gerak sikit rasa nak pitam...takpe aku simpan dulu dalam hati cuba buat CSI, petang aku balik keje aku tengok wife aku masih pening2. Lepas solat maghrib aku picit2 dalam picit2 tu terasa macam ada rasa jari aku di cucuk2.

Bila dah tengah malam sikit semua anak2 aku dah tidor..kecuali yang kecik tu..tak tidor2, aku sambung picit, dalam picit2 tu aku niat supaya di hilangkan sakit..aku usap dari dahi terus tarik ke ubun2..3 4 kali juge aku ulang. Memang terasa ada haba panas....Alhamdulillah lepas pada tu hilang terus pening2. Tapi yang si kecik ni tak jugak tidor2..dalam tengah malam ni le baru dapat tahu apa jenis makhluk asing ni..Dah halau tapi elok pi duduk kat luar tingkap aje...wife aku cakap makhluk ni suka kat anak aku...bagi aku ni bukan pasal minat ke apa..tapi udah menganggu manusia. Aku sendiri pon tak dapat tidor..mengganggu ketidoran aku le kan...hahahha.

Malam tu mmg tak dapat settle habis..esok tu aku minta wife aku lukiskan gambar makhluk tu..tapi lukisan tu tak de le detail..tapi dia cakap mmg kepala lembu..cuma kecik skit dari lembu..mata merah, bertanduk..di lingkungi asap2 hitam.

Tapi malam tadi Alhamdulillah lepas  buat bebrapa petua anak aku yang kecik tidor lena dari kol 8 sampai ke pagi. Alhamdulillah..agaknya dia cover balik waktu jaganye kot...hahahaha. Wife aku sihat..takde pening2 nak pitam dah..sedar tak sedar dah nak abis pantang dah.

Wednesday, February 23, 2011

Doa2 Para Nabi

Antara doa nabi-nabi yang tertera dalam al-Quran

Doa Nabi Adam AS

قَالَا رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ 
“Ya Tuhan Kami, Kami telah Menganiaya diri Kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni Kami dan memberi rahmat kepada Kami, niscaya pastilah Kami Termasuk orang-orang yang merugi.”
(Surah Al A’raaf :23)

Doa Nabi Nuh AS

 قَالَ رَبِّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ أَنْ أَسْأَلَكَ مَا لَيْسَ لِي بِهِ عِلْمٌ ۖ وَإِلَّا تَغْفِرْ لِي وَتَرْحَمْنِي أَكُنْ مِنَ الْخَاسِرِينَ 
“Ya Tuhanku, Sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari memohon kepada Engkau sesuatu yang aku tiada mengetahui (hakekat)nya. dan Sekiranya Engkau tidak memberi ampun kepadaKu, dan (tidak) menaruh belas kasihan kepadaKu, niscaya aku akan Termasuk orang-orang yang merugi.”
(Surah Hud :47)

Doa Nabi Hud AS

 إِنِّي تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ رَبِّي وَرَبِّكُمْ ۚ مَا مِنْ دَابَّةٍ إِلَّا هُوَ آخِذٌ بِنَاصِيَتِهَا ۚ إِنَّ رَبِّي عَلَىٰ صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ 
”Sesungguhnya aku bertawakkal kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu. tidak ada suatu binatang melatapun melainkan Dia-lah yang memegang ubun-ubunnya. Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus.”
(Surah Hud :56)

Doa nabi Ibrahim AS

رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ  رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ
Wahai Tuhanku,jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orng yang tetap mendirikan sholat.Wahai Tuhan kami,kabulkanlah doaku.Wahai tuhan Kami ,berilah keampunan kepadaku dan dua ibu bapaku dan sekalian orang orang mukmin pada hari berlangsungnya hisab(nanti)”.(Surah Ibrahim :40-41)

Doa Nabi Yusuf AS

 رَبِّ قَدْ آتَيْتَنِي مِنَ الْمُلْكِ وَعَلَّمْتَنِي مِنْ تَأْوِيلِ الْأَحَادِيثِ ۚ فَاطِرَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ أَنْتَ وَلِيِّي فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ ۖ تَوَفَّنِي مُسْلِمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ
“Wahai Tuhanku! Sesungguhnya Engkau telah mengurniakan daku sebahagian dari kekuasaan (pemerintahan) dan mengajarku sebahagian dari ilmu tafsiran mimpi. Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi Engkau Penguasa dan Pelindungku di dunia dan di akhirat; sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh”. ( Surah Yusuf : 101 )

Doa Nabi Ayub AS

أَنِّي مَسَّنِيَ الضُّرُّ وَأَنْتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ 
“Wahai Tuhanku,sesunguhnya aku telah di timpa penyakit dan Engkau Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang”.(Surah Al-Anbiyaa’:83)


Doa nabi Yunus AS

 لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ 
“Bahwasanya tiada Tuhan yang patut di sembah melainkan hanya Engkau,Maha Suci Engkau,sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim
(Surah Al-Anbiya’:87).


Doa Nabi Musa AS

قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي  وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي  وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي  يَفْقَهُوا قَوْلِي
Nabi Musa berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; “Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; “Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, “Supaya mereka faham perkataanku; ( Surah Taha  : 25 -27 )


Doa nabi Sulaiman AS

رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَىٰ وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَدْخِلْنِي بِرَحْمَتِكَ فِي عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ 
“Wahai Tuhanku,berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmatmu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua ibu bapakku dan untuk mengerjakan amal sholeh yang Engkau redhai dan masukkanlah aku dengan rahmatMu kedalam golongan hamba-hambaMu yang soleh”.
( Surah,An-Namlu : 19 )


Doa Nabi Zakaria AS

قَالَ رَبِّ إِنِّي وَهَنَ الْعَظْمُ مِنِّي وَاشْتَعَلَ الرَّأْسُ شَيْبًا وَلَمْ أَكُنْ بِدُعَائِكَ رَبِّ شَقِيًّا  وَإِنِّي خِفْتُ الْمَوَالِيَ مِنْ وَرَائِي وَكَانَتِ امْرَأَتِي عَاقِرًا فَهَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ وَلِيًّا يَرِثُنِي وَيَرِثُ مِنْ آلِ يَعْقُوبَ ۖ وَاجْعَلْهُ رَبِّ رَضِيًّا
Dia merayu dengan berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya telah lemahlah tulang -tulangku, dan telah putih melepaklah uban kepalaku; dan aku – wahai Tuhanku – tidak pernah merasa hampa dengan doa permohonanku kepadaMu. Dan sesungguhnya aku merasa bimbang akan kecuaian kaum kerabatku menyempurnakan tugas-tugas ugama sepeninggalanku; dan isteriku pula adalah seorang yang mandul; oleh itu, kurniakanlah daku dari sisiMu seorang anak lelaki. Yang layak mewarisi daku, juga mewarisi keluarga Nabi Yaakub; dan jadikanlah dia – wahai Tuhanku seorang yang diredhai serta disukai”.
( Surah Maryam : 4-6 )


Doa Nabi Isa AS

قَالَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ اللَّهُمَّ رَبَّنَا أَنْزِلْ عَلَيْنَا مَائِدَةً مِنَ السَّمَاءِ تَكُونُ لَنَا عِيدًا لِأَوَّلِنَا وَآخِرِنَا وَآيَةً مِنْكَ ۖ وَارْزُقْنَا وَأَنْتَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ 
Nabi Isa ibni Maryam (pun berdoalah ke hadrat Allah dengan) berkata: Ya Allah, Tuhan kami! Turunkanlah kiranya kepada kami satu hidangan dari langit, untuk menjadi hari raya bagi kami, iaitu bagi kami yang ada hari ini dan bagi orang-orang kami yang datang kemudian, dan sebagai satu tanda (mukjizat) daripadamu (yang menunjukkan kebesaran dan kekuasaanMu); dan kurniakanlah rezeki kepada kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik Pemberi rezeki”. ( Surah al-Maidah : 114 )
 
Doa Nabi Muhammad s.a.w

لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا ۚ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ ۗ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ ۖ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا ۚ أَنْتَ مَوْلَانَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”.
( Surah al-Baqarah : 286 )

Tuesday, February 22, 2011

DOA MOHON KEKUATAN APABILA DIBENCI, DIPULAU, TERANIAYA


albarakah
Lalu diadakan di antara mereka dinding yang mempunyai pintu. Disebelah dalamnya ada rahmat dan di sebelah luarnya dari situ ada siksa.
Baca sekali selepas solat, mudah-mudahan Allah memberi ketenangan kepada orang yang dianiaya sebaliknya orang yang menganiaya berada dalam keadaan tidak tenang.

Thursday, February 17, 2011

Bahaya dan Akibat Buruk Zina

ZINA merupakan kejahatan yang sangat besar yang memberi kesan amat buruk kepada penzina itu sendiri, khususnya dan kepada seluruh umat amnya. Di zaman sekarang di mana banyaknya saluran dan media yang berusaha menyeret kearah perbuatan keji ini, maka amat perlu untuk setiap orang mengetahui bahaya dan akibat buruk yang timbul dari dosa zina. Kita semua hendaklah lebih berhati-hati dan berwaspada agar tidak terjerumus, hatta, walaupun hanya mendekatinya.

Di antara akibat buruk dan bahaya tersebut adalah :
    * Dalam zina terkumpul bermacam-macam dosa dan keburukan yakni berkurangnya agama si penzina, hilangnya sikap wara’ (menjaga diri dari dosa), buruk keperibadian dan hilangnya rasa cemburu.


Coverage ok?

"..coverage takde la..satu bar pon takde.." situasi lain...."halo..halo..terputus pulakkk,..patut le satu bar aje.."

yang nak di cerikan bukannya coverage telepon ni sangat, tapi aku nak ceritakan tamsilan betapa pentingnya coverage pada kita. Tapi coverage yang mana? Kui..kui..kui.. Ramai yang berDOA, ramai yang meMINTA, ramai yang berHAJAT tapi menganggap semua permohonannya hampa. Sebenarnya bukannya semua di tolak oleh Tuhan tapi di KIV entah bila mengikut masa yang sesuai. Ok..dalam situasi lainnya kenapa permohonan kita lambat? Tadi kita paham bukan pada waktunya untuk di makbulkan permintaan kita, tapi dalam satu sudut yang lain ada beberapa sebab. Antaranya COVERAGE kita dengan Allah Taala. Solat 5 waktu adalah coverage kita dengan Tuhan..apabila penuhnya coverage kita buat lah panggilan / dail lah dan buat lah permohonan. Bila kita jaga coverange kita yang 5 waktu, makanya pada bila2 masa kita boleh "dail" Begitu juga dengan panggilan telefon yang penuh coverage barnya..pasti clear, kita dengar apa yang orang sana sampaikan, orang tu pon dengar apa yang kita cakap.

InsyaAllah mudah-mudahan kita semua paham..

Wednesday, February 16, 2011

Lebam2 di badan

Rasanya ramai yang pernah alami kesan lebam2 ni di badan, kebiasaannya di bahagian peha, dan ada juga di bahagian anggota badan yang lain. Ada yang kata kesan lebam ni adalah di sebabkan gangguan makhluk halus (jin) dan dari segi klinikal ia di katakan berpunca dari tekanan darah rendah. Sejauh mana kesahihannya terpulang pada pemahaman sendiri. Tapi bagi mereka yang pernah mengalami gangguan jin ini pasti ada kesan lebam2 di badan sama ada gangguan tegar atau pon peringkat permulaan gangguan. Untuk mengenal pasti ianya di sebabkan gangguan jin istilah lainnya, "di gigit" jin cuba perhatikan dengan teliti, kalau ianya berpunca dari gangguan jin pasti ada bintik2 kecik seolah kesan gigitan. Secara pastinya aku sendiri pernah lihat lebam yang mempunyai 3 lubang seperti kesan gigitan.

Antara punca terkena gigitan jin ni, di sebabkan beberapa perkara.
  • Suka tidur di waktu petang (lepas asar)
  • Mandi di kala maghrib istilah lain mandi terlalu lama waktu maghrib
  • Jin yang suka pada manusia
Dalam ceramah Ustaz Kazim ada menceritaka serba sedikit perihal kesan lebam ini. Boleh le dengar..
Bagi yang di sebabkan tekanan darah rendah rujuk saja pada klinik atau hospital.

Bagi yang lebam selepas di urut, kemungkinan di sebabkan tekanan yang kuat pada bahagian tersebut dan mengakibatkan lebam2. Bagi yang tidor lasak ada kemungkinan tersepakkan bucu katil atau apa2 kayu atau besi agaknya lah..

Apa pon tak usahla mendatangkan kebimbangan yang teramat sangat..selagi tidak menggangu urusan amal ibadah kita dan urusan dunia, syukur Alhamdulillah..

sekiranya terlalu kerap dan byk kesan lebam2 sendiri mau ingat la....hehehehe

Friday, February 11, 2011

Petua Murah Rezeki

Salam Jumaat

Untuk melihat apa sebabnya kita terasa sempit rezeki atau rasa duit tak cukup2 setiap bulan cuba kita lihat secepat mana kita bagi duit pada ibubapa kita selepas kita dapat gaji setiap bulan. Kalau lambat kita bagi pada ibubapa kemungkinan rezeki yang Allah kurniakan pada kita lambat / susah / sempit. Sebaliknya kalau cepat kita bagi atas sebab merasakan kita bertanggungjawab dan kasih sayang pada kedua ibubapa. InsyaAllah masalah kesempitan duit akan terlepas. Bahkan berlipat kali ganda Allah berikan pada kita.

Rasullullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Sahih: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dalam Sunannya – hadis no: 1899 (Kitab al-Birr wa al-Shalah, Bab berkenaan keutamaan pada keredhaan ibubapa) dan ia dinilai sahih oleh al-Albani dalam Silsilah al-Ahadits al-Shahihah – hadis no: 515.

"...Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa..."

* Kunci pada petua ini semasa memberi tiada timbul perasaan RALAT / BERAT HATI

Tuesday, February 8, 2011

SOLAT SUNAT RAWATIB


SOLAT SUNAT RAWATIB

 Solat Sunat Rawatib mengiringi solat fardu sebelum ataupun selepas. Tujuannya ialah untuk mencari keredaan Allah, di samping menampung kekurangan-kekurangan dalam solat fardu.


FARDHU
SEBELUM
HUKUM
SELEPAS
HUKUM
Subuh 2 rakaat Muakkat Tiada Tiada
Zohor @ Jumaat 4 rakaat 
2 rakaat
Muakkat - 2 rakaat 4 rakaat
2 rakaat
Muakkat - 2 rakaat
Asar 4 rakaat  Tidak Muakkat Tiada sembahyang sunat diharamkan selepas fardu Asar hingga terbenam matahari)
Maghrib 2 rakaat Tidak Muakkat 2 rakaat Muakkat
Isyak 2 rakaat tidak Muakkat 2 rakaat Muakkat
عَنِ ابْنِ عُمَرَ أَنَّهُ قَالَ
حَفِظْتُ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَشْرَ رَكَعَاتٍ رَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الصُّبْحِ

Dari Ibnu Umar bahawa Rasulullah SAW tidak meninggalkan solat (sunat) 10 rakaat iaitu 2 rakaat sblm Zohor, 2 rakaat slps Zohor, 2 rakaat slps Maghrib, 2 rakaat slps Isya dan 2 rakaat sblm Subuh. Hadis riwayat Ahmad dan Turmizi (dlm riwayat yang pelbagai).
Terdapat beberapa hadis yang menerangkan mengenai kelebihan Sunat Rawatib.
عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ ثَابَرَ عَلَى ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً مِنْ السُّنَّةِ بَنَى اللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الْفَجْرِ

Dari Aisyah RA, Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang sentiasa (berterusan) mengerjakan  solat (sunat) 12 rakaat, Allah akan membina rumah baginya di syurga ; iaitu   4 rakaat sebelum Zohor  dan  2 rakaat pula selepas Zohor, serta 2 rakaat selepas Maghrib, 2 rakaat  selepas Isya dan 2 rakaat sebelum Fajar.” Hadis riwayat Turmizi.   
 

NIAT SOLAT RAWATIB

أصَلِّي سُنَّةَ الظُّهْرِ / المَغْرِبِ / العِشَاءِ قَبْلِيَةً رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

Sahaja aku menunaikan solat sunat (Zohor / Asar / Isyak / Subuh) dua rakaat Sebelum nya kerana Allah Taala.


أصَلِّي سُنَّةَ الظُّهْرِ / المَغْرِبِ / العِشَاءِ بَعْدِيَّةً رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

Sahaja aku menunaikan solat sunat (Zohor / Asar / Isyak / Subuh) dua rakaat  Selepasnya kerana Allah Taala

Monday, January 17, 2011

Alhamdulillah

Alhamdulillah sujud syukur padaMu Ya Allah Tuhan sekalian Alam yang mentadbir 7 lapisan langit 7 lapisan bumi dan juga di antaranya. Puji dan selawat pada junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Pada hari Jumaat 14 hb Jan 2011 jam 10.06 pagi aku di kurniakan seorang kelahiran baru. Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan kelahiran pada isteriku. Anak lelaki 3.39kg di Hospital Selayang.

Thursday, January 13, 2011

Tenangan dalam Solat 2

Berkenaan dengan bacaan. Bila kita solat hendaklah pastikan kita faham dengan apa yang kita lafazkan. Adakah faham dengan erti kata kita dah hafal tafsirnya? Kalau kita kata kita dah hafal tafsirnya contoh alfatihah adakah kita faham? Tidak..Belum tentu kita faham..yang kita lakukan itu adalah melafazkan tafsirnya. Yang perlu bagi kita dalam solat ialah kefahaman yang terhunjam dalam hati kita tetang apa yang ada dalam alFatihah itu sendiri.

Seperti kita baca Bismillahirrahmanirrahim, apa yang kita paham, adakah dengan setakat kita kata Dengan Nama ALlah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang. Itu tafsirnya..tapi bagaimana dengan kefahaman kita? Yang kita nak adalah kefahaman kita tetang bismillahirrahmanirrahim itu sendiri. Cari lah kefahaman dalam setiap tafsir itu sebab dalam kefahaman itu akan membuahkan rasa kehambaan kita pada Allah Taala.

Tenangnya Dalam Solat 1

Tenangnya dalam solat menggambarkan seseorang itu tenang dalam kehidupan seharian. Tenang dalam tiap-tiap tindak tanduknya. Dalam solat ketenangan adalah intipati. Perlukah di cari ketenangan ? Bila di tanya hendak mencari pasti ia semacam benda..tapi adakah ketenangan itu sejenis benda? Pasti ia bukan benda tapi lebih pada satu perasaan rasa, jadi boleh kah kita mencari rasa ? Di mana kita boleh merasa..adakah dengan lidah ? kalau kata merasa dengan lidah pasti ada  benda yang kita rasa dengan lidah. Pun begitu bukan juge..jadi merasa atau rasa itu adalah dengan hati. Dalam solat hati merupakan satu perkara yang amat-amat penting. Allah menilik seseorang itu melalui hatinya.

Dalam solat ada 3 perkara yang harus di jaga iaitu perbuatan (fi'li), ucapan (qauli) dan hati(qalbi). Untuk melahirkan rasa tenang ada beberapa cara yang boleh di usahakan

Pertamanya berkenaan dengan perbuatan / kelakuan / perbuatan dalam solat. Yang kita panggil Tomakninah. Yakni ketenangan / berhenti seketika. Ulama mengatakan bahawa tomakninah ini adalah wajib berdasarkan dalil :
Diriwayatkan Rasulullah s.a.w bersabda:
“Pencuri yang paling buruk adalah yang mencuri dalam solat.” Para sahabat bertanya : “Bagaimanakah seorang boleh mencuri dalam solatnya?” Sabda baginda s.a.w: “Itulah mereka yang tidak meneympurnakan rukuk dan sujudnya.”
(Riwayat al-Tabrani dan al-Hakim)
Diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w ternampak seorang lelaki yang tidak sempurnakan rukuknya bila keadannya seperti burung mematuk dalam sujudnya ketika solat. Lalu baginda s.a.w bersabda :
“Sekiranya orang ini mati dalam keadaan sperti ini, nescaya dia mati bukan millah Muhammad, kerana dia solat seperti burung gagak mematuk darah. Perumpamaan orang yang tidak sempurnakan rukuknya dan mematuk dalam sujudnya seperti orang lapar yang memakan satu atau dua biji buah kurma yang tidak memberi manfaat apa-apa kepadanya”
(Riwayat al-Baihaqi dan al-Tabrani)

Keduanya berkenaan dengan ucapan / bacaan. Dalam solat ada tempat2 yang kita perlu berhenti sejenak Selepas takbir perlu diam seketika dalam kadar lafaz Subhanallah atau Subhanallah...habis baru lah kita mulakan dengan bacaan Iftitah. Dalam alfatihah juga ada tempat2 yang perlu di hentikan seketika. Selepas Waladhollin..diam seketika barulah di Aminkan..ada lagi tempat2 yang perlu kita berhenti seketika.bertanyalah pada mereka yang ariff tentang perkara ini.

Kesan dari perlakuan yang kita lakukan itu akan melahirkan ketenangan dalam hati. Apa lah gunanya solat yang kita lakukan itu tidak melahirkan ketenangan. Cubalah, lepas solat pasti akan terasa perbezaannya. Biar lambat asalkan kita selamat. Selamat di mana? InsyaALlah mudah-mudahan selamat di dunia dan di akhirat.

TENANGNYA DALAM PERBUATAN  + TENANGNYA DALAM UCAPAN = TENANGYA HATI

Sojukk matoo

Tuesday, January 11, 2011

.:. Tips Ingat Juzu’ Al-Quran yang Menakjubkan .:.

.:. Tips Ingat Juzu’ Al-Quran yang Menakjubkan .:.

by Tazkiyah An-Nufus on Thursday, 06 January 2011 at 07:37
Ana terjumpa satu tips menghafal muka surat Al-Quran yang sangat menakjubkan. Di sini ana kongsikan dengan anda formula untuk menghafal halaman Al-Quran.

Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi,juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 23 adalah pada halaman 442

Subhanallah, memang menakjubkan.Ajarkan pada anak-anak kecil agar mereka sentiasa membaca Al-Quran..
renung-renungkan..dan selamat beramal.. 

Wednesday, January 5, 2011

Forum Perubatan Islam Muallij.com


Forum Perubatan Islam, baru di onlinekan..sapa2 yang rasa nak bertanya tetang perubatan islam boleh le kesana. InsyaAllah kalau takde aral aku pon nak kesana.

http://muallij.com/

Tuesday, January 4, 2011

Innalillahi waiinailaihirojiunn

Pagi tadi aku sempat teman wife aku pegi buat check up. Bila sampai aje kat klinik tu punya la ramai manusia, siap ada ambulans, dalam hati aku cakap "sah mmg lambat dapat turn le ni..mau kol 11 baru abis, tgk jam baru kol 9 pagi.

Lepas parking aje aku terus nak masuk..la, ada orang sakit, depan kaunter plak tu, aku kedepan skit nak tengok keadaan, MasyaAllah ada orang tengah bertarung nyawa rupanya, terbaring kaku. Semua peralatan ada di sisi pesakit. Unit Khas dari Hospital Selayang aku tengok berusaha keras. Tekan2 dada..pam2 oksigen dalam mulut.

Suasana hening seketika walaupon ramai orang, aku tengok ada 1 orang yang aku sangkakan adalah anak pada pesakit, mula menitiskan air mata. Aku tgk kaki pesakit dah mula pucat..peluh mula keluar di muka pesakit. terdetik dalam hati aku..masih ada harapankah..aku toleh pada mesin jantung..dah takde bit..tapi bila di buat CPR tekan dada..nampak bit jantung tu bergerak bila berhenti turun kembali ...muka unit pertolongan cemas mula rasa tiada harapan..dalam hati ku mula berdoa pada Allah, aku mohon supaya di ampunkan dosanya dan di permudahkan segala urusan.

Salah seorang doktor memanggil akak yang aku sangkakan anaknya, Allah...Allah...Allah mula membisikkan di telingan pesakit..bersama linangan air mata tersedu2 menyebut kalimah Allah..Allah...huh..sebak plak rasanya waktu tu. Akhirnya segala wayar2 dan tiub di cabut..Innalillah...hirojiunn..

Pada waktu ni..baru fully pucat seluruh muka. Di ceritakan pesakit hanya mampu masuk ke klinik tapi terus rebah atas lantai. Dan akak yang aku sangkakan anaknya rupanya wife arwah. Di katakan arwah berumur akhir 40-an. Anak masih bersekolah. Apa yang menyebabkan arwah rebah tidak lah aku ketahui. Termenung aku lama di klinik. Ajal maut memang tak kenal tempat dan masa. Arwah di katakan orang yang lembut dan baik..semoga arwah berada dalam kalangan orang yang Allah limpahi Rahmat. Aminnn..

ALFatihah

Jaga kesihatan baik-baik.

Saturday, January 1, 2011

Macam meletup2 dalam perut

Sebelum aku pegi merawat ibu mertua aku, sebelumnya aku ada rawat sorang ni, mengadu sesak nafas, bila check mmg ada simptom gangguan..sebab mmg ada kes sebelumnya ni..so aku just follow up aje la, dalam rawat merawat tu macam2 le sakit kat situ le, sendwa le, rasa nak muntahle..tapi yang ketara bila lepas mandi limau + air kolah masjid...rasa macam nak muntah...angin perut menolak2...siap terasa bunyi letup dalam perut..kerap juga le..ada le selang 5 minit muntah.5 mnit muntah .mula kuar muntah angin lepas tu baru le segala isi makanan..dalm 2 hari gak le aku rawat,sebab monitor dia punya napas nampak macam tak elok, lepas mandi limau lepas muntah..esoknya .....

alhamdulillah segar bugar ..hilang sesak napas, hilang angin dalam perut..syukur semoga Tuhan memberi kesembuhan

Merawat juga akhirnya

Malam tadi (orang sibuk nak sambut tahun baru) aku telah mengoffer diri aku untuk merawat ibu mertua aku..mana taknya aku tgk takde apa perubahan keluar hospital macam tu jugak..demam ok dah takde tapi batuknya tak hilang2..dada rasa sempit..malam2 kepala pening. dah le nampak uzur tapi bila kena sakit macam ni lagi le.

memula aku minta anak buah aku carikan limau, last anak buah aku telepon cakap semua kedai dah abis jual limau nipis, nasib baik ada 2 bijik stok2 lama kat dapur rumah akak aku ipar aku ni,

Lepas solat maghrib...wife aku suh mak dia masuk bilik..aku macam biasa cari pot yang sesuai le..aku start..bismillah...first tak nampak apa2 simptom..bila aku beralih pada kaki ada sikit respon..last aku ambik posisi kat belakang...erkkk..erkkk dah start sendawa..lama jugak le sendawa...aku masih terus baca ayat2 quran dalam aku tengah baca ayat tu tetiba aku tgk dah macam nak muntah..terus aku suruh wife aku cari kan bekas. aku tgk macam nak keluar muntah tapi tak keluar yang keluar hanya muntah angin je..aku terus tepuk2 kat belakang..sampai le aku tengok macam dah ok..baru aku tamatkan rawatan..aku pesan sebelum tidor sapukan air rawatan esok aku minta ibu mertua aku mandi limau. tgk macam mana..mudah2an ada kesembuhan.

Antara tanda2 yang kemungkinan sakit fizikal itu tercampur dengan gangguan
  1. Batuk yang berpanjangan (dan sumbat antibiotik pon tak jalan)
  2. Panas badan on/off terutama pada waktu2 tertentu
  3. Badan separuh panas separuh sejuk
  4. Dada sempit pada waktu2 tertentu
Kadang2 gangguan ni bukan di tuju terus pada kita, tapi ia juga boleh jadi kita terkena tempias pada orang yang pernah kena sihir atau sedang di sihir. Kes ibu mertua aku, aku syak dia terkena tempias. Wallahauaklam..