Tuesday, September 13, 2011

Renungan 2 : Setiap yang bernafas, Pasti akan Mati – Kullu nafsin za iqatul maut



Salam pada diriku yang di kasihi dan juga pada pejalan blog

Dalam aku tengah layan bacaan talkin dalam youtube (bacaan Allahyarham M.Rajoli) tergerak hati aku nak tgk jam..aku tgk dah pukul 10:44 am. Apa lagi macam biasa aku bukak tafsir  cari surah ke 10 ayat ke 44 ini yang aku dapat

10. Yunus [44]
"..Sesungguhnya Allah tidak menganiaya manusia sedikitpun, akan tetapi manusia jualah yang menganiaya diri mereka sendiri..."


MasyaAllah, Subhanallah... 

nota : bagi aku tiada istilah kebetulan dalam dunia ini melainkan semuanya dalam Ilmu Allah.


sebagai renungan petikan Talkin


Bismillah hir rah man nir rahim.
Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa’ dan Qidam,Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa.
Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.
Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan
binasa,melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.
Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini. Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.
Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.
Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala. Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata:
Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?
Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.
Hendaklah kamu jawab begini:
Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu qiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan,mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku. Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku,bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: “La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah”.
Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.
Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawa senya mati ini
adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar, bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar, berkumpul dan
berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar.
Bahawa senya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur. Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala.
Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah mudahan Allah Taala menjinakkan hati
kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal
kebajikan kamu.
Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW. Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham
dulillahi rabbil alamin.

Monday, September 12, 2011

Renungan

Subhanallah,

Semoga keampunan dari Allah pada kita semua..Amienn

Dalam mencari2 mp3 alquran kat internet tadi, dalam hati aku mula memilih antara syeikh mana yang baca sedap..dalam pilih punya pilih, cari punya cari link plak takde. ciss..aku pun tgk jam kat PC ni..jam tunjuk 3:23 pm , tergerak hati aku nak bukak tafsir, aku pon bukak yg online punya http://www.alquran-melayu.com/ aku terus ke surah 3 ayat 23..

3. Al-i-’Imran [23]
Tidakkah engkau pelik memikirkan (wahai Muhammad) terhadap sikap orang-orang (Yahudi) yang telah diberikan sebahagian dari Kitab Taurat, mereka diseru kepada Kitab Allah supaya Kitab itu dijadikan hakim (mengenai perkara-perkara yang timbul) di antara mereka. Ahli-ahli satu puak dari mereka berpaling ingkar sambil menolak (seruan dan hukum Kitab Allah itu).


kan dah kena sebijik..

Thursday, August 18, 2011

Cerita Pendek

Salam selamat berpuasa..

Ni cerita pendek aje la..takde yg menarik pon, ceritanya pasal sorang kawan satu forum, aku terbaca yang dia demam berbalik2, sakit bahagian sendi. jadi dalam tengah baca tu aku pon menyibukkan diri tanya lebih kurang pasal sakitnya. ye lah kan dalam bulan puasa ni setidak-tidaknya kalau tak dapat nak buat 100% perkara yang mendatangkan manfaat dapat buat mana yang terdaya pon dah syukur sesangat.

Jadi selang sehari tergerak hati aku untuk mendoakan supaya kawan aku ni sembuh..jadi aku pon buat lah solat hajat..ye la kita ni hamba nak minta ngan Allah setidaknya kena la mohon, takmohon mana nak dapat kan..lepas solat hajat aku pon doa supaya di sembuhkan. Dengan kaedah menarik sakit, aku pon tarik le...aku ulang sampai aku rasa semuanya ok..bagi aku sembuh ke tak, jadi ke tak jadi bukan persoalan asalkan niat aku untuk membantu terlaksana.

Aku harap semuanya  pulih seperti sedia kala..dengar cerita dah ok...apa pon nasihat aku ubat klinikal jangan di lupakan sebab apa yang di dorongkan oleh Allah untuk menjadi ubat pada kita itu semuanya adalah gerak dari yang Maha Esa. syukur sahaja.

Wallahuaklaj..sekadar berkongsi cerita..memandangkan blog ni lama tak update..


Friday, April 22, 2011

10 Ayat Pertama Surah Al Kahf

Umat akhir zaman disuruh oleh Rasulullah amalkan surah alkahfi 10 ayat awal dan 10 ayat akhir untuk kebal terhadap fitnah dajal.


Al-Kahf
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
10 Ayat Pertama Surah Al Kahf

Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong): (1)  

(Bahkan keadaannya) tetap benar lagi menjadi pengawas turunnya Al-Quran untuk memberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dengan azab yang seberat-beratnya dari sisi Allah dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik. (2) 

 Mereka tinggal tetap dalam (balasan yang baik) itu selama-lamanya. (3)  

Dan juga Al-Quran itu memberi amaran kepada orang-orang yang berkata: Allah mempunyai anak. (4)

(Sebenarnya) mereka tiada mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya dan tiada juga bagi datuk nenek mereka; besar sungguh perkataan syirik yang keluar dari mulut mereka; mereka hanya mengatakan perkara yang dusta. (5)  

Maka jangan-jangan pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu disebabkan menanggung dukacita terhadap kesan-kesan perbuatan buruk mereka, jika mereka enggan beriman kepada keterangan Al-Quran ini. (6)  

Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya. (7)  

Dan sesungguhnya Kami akan jadikan apa yang ada di bumi itu (punah-ranah) sebagai tanah yang tandus. (8)

Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah "Ashaabul Kahfi" dan "Ar-Raqiim" itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami? (9)

(Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami. (10) 

10 Ayat Terakhir Surah Al-Kahf 


101.

(Iaitu) orang-orang yang matanya telah tertutup daripada melihat tanda-tanda yang membawa kepada mengingatiKu, dan mereka pula tidak dapat mendengar sama sekali.

102.

Maka adakah orang-orang kafir menyangka bahawa mereka mengambil hamba-hambaKu sebagai makhluk-makhluk yang disembah, selain daripadaKu, dapat menolong mereka? Sesungguhnya Kami telah sediakan neraka Jahannam bagi orang-orang kafir itu sebagai tempat tetamu.

103.

Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya?

104.

(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan".

105.

Merekalah orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan denganNya; oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatya Kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka, pada hari kiamat kelak.

106.

(Mereka yang bersifat) demikian, balasannya neraka Jahannam, disebabkan mereka kufur ingkar, dan mereka pula menjadikan ayat-ayatKu dan Rasul-rasulKu sebagai ejek-ejekan.

107.

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, disediakan bagi mereka Syurga-syurga Firdaus, sebagai tempat tetamu (yang serba mewah).

108.

Mereka kekal di dalamnya, (dan) tidak ingin berpindah daripadanya.

109.

Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan".

110.

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya".

Monday, March 14, 2011

Kunjungan saudara mara

Alhamdulillah, semalam saudara mara dari belah utara datang, dalam sebuk berborak, terkeluar le cite pasal anak perempuannya yang mengalami masalah gangguan, boleh di katakan gangguan ni dah lama..tinggal lagi kesembuhan belum memihak pada dia. tapi apa yang aku dapat buat kesimpulan gangguan ini dan merangkumi satu keluarga, jadi proses untuk merawat tu mungkin melibatkan kesemua sekali. tapi di sebabkan dah tengah malam, cancel aje la hasrat nak ikhtiar merawat..aku pon tengah penat. mungkin malam ni kalau ada kelapangan. kalau ikutkan malas nak merawat, bukan reti sangat pon tapi bila dah sedara mara bertanya itu ini..mungkin ada hajatnya di situ. InsyaAllah mudah-mudahan Allah permudahkan.

Kalau ikut dari simptomnya nampak kelibat orang, badan terasa macam mencucuk2, duduk dalam toilet lama, terdengar bunyi nafas orang dalam bilik, kerap kena ganggu masa tidor, tak boleh tidor / susah tidor, kalau ikutkan itu saje dah cukup untuk mengatakan adanya gangguan..apa pon serah pada Allah.

Friday, March 11, 2011

Tukar punya tukar

Tukar punya tukar template habis hilang semua blog list..leceh betol  nak cari balik..

Wednesday, March 9, 2011

MENGENALI MANDUL AKIBAT GANGGUAN JIN

Ada yang nak anak ada yang tak nak anak..ada dapat anak di buang merata2..bersepah2. Zalim kamu !!
Aku nak kongsi maklumat yang aku perolehi dari satu blog ni, berkenaan mereka yang merasakan diri mereka mandul, sekiranya korang dah buat pemeriksaan di klinik / hospital dan mendapati tiada apa2 masalah cuba tengok keadaan di bawah ni pulak. InsyaAllah kalau semua boleh selesai ada rezeki untuk anak. memang ada cerita yang jin ni boleh dan akan hembus pada benih2 sampai kering. Sebab tu Nabi suka ummat yang ramai, seolah2 nak bagi tau zaman akan datang akan susah nak dapat anak. Nak kenal jin suka pada apa, siapa, perkara apa...kita kena lihat apa yang Nabi kita suka. Nabi suka satu2 perkara Iblis/setan mesti tak suka..kat situ lah dia akan menempel. Sunat melakukan hubungan seks pada malam jumaat tapi berapa ramai yang tak dapat buat hubungan seks pada malam jumaat...teliti dan teliti..renung jangan sampai termenung.

Monday, March 7, 2011

Doa sakit Kulit / Gatal2 dll

Doa Nabi Ayub AS

أَنِّي مَسَّنِيَ الضُّرُّ وَأَنْتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ 
“Wahai Tuhanku,sesunguhnya aku telah di timpa penyakit dan Engkau Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang”.(Surah Al-Anbiyaa’:83)

InsyaAllah......

Cukupkah Untuk Diri sendiri?

Kebiasaan pada diri kita ini hanya melihat diri kita sahaja. Walau apa pon jua bentuk yang datang pun pasti kita melihat diri kita sendiri..tapi jarang yang melihat diri kita ini telah banyak menyusahkan orang lain, termasuklah kita menyusahkan anak dan isteri,ibu bapa, adik beradik, sedara mara dan kawan-kawan. Jadinya mampu ke kita nak minta maaf pada setiap orang.

Kalau jawapan kita YA dan MAMPU di persilakan..persoalan yang timbul, dah berapa lama kita hidup..20 tahun 30 tahun ? dalam lingkungan 30 tahun itu berapa ramai pulak kita telah menyusahkan orang lain?..Jawapannya mana nak mampu mohon maaf pada setiap orang..kalau secara langsung dan nyata dosanya mungkin boleh di perkirakan..yang tidak nyata?

Wednesday, March 2, 2011

Mohonlah KeRedhoan Allah

[27] (Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): “Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! -
[28] “Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) ! -
[29] “Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia -
[30]“Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! “ 
89. Al-Fajr

Mohonlah KeRedhoan Allah

Setiap manusia pasti melakukan kesalahan dan kesilapan, tidak ada anak cucu adam yang melata di bumi ini yang tidak melakukan dosa walau sebesar zarah sekali pon. Oleh itu di wajibkan bagi kita kesemua manusia memohon dan meminta keampunan pada Sang Pencipta. Mohon lah sehingga kamu merasakan kamu redho dengan setiap kesalahan yang pernah kamu lakukan itu adalah datangnnya dari kesilapan dan kesalahan diri kamu sendiri di sebabkan kurangnya Iman kamu pada waktu itu. Mengakui diri sendiri pernah melakukan kesalahan dan kesilapan adalah ciri-ciri orang islam sejati. (Sejarah Nabi Allah Adam a.s mengakui pernah melakukan kesilapan lantas baginda bertaubat.)



“Ya Tuhan Kami, Kami telah Menganiaya diri Kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni Kami dan memberi rahmat kepada Kami, niscaya pastilah Kami Termasuk orang-orang yang merugi.” (Surah Al A’raaf :23)

Oleh itu setiap apa jua kebaikan yang kamu lakukan di dunia ini adalah menjurus kepada mendidik hati kita supaya redho dengan setiap ketetuan yang Allah timpakan pada kita pada hari semalam, hari ini dan di kemudian hari kelak, baik berupa keperitan hidup di dunia mahu pun azab-azab yang di timpakan di akhirat kelak. 


Bagi orang yang telah persiapkan diri mereka dengan meletakkan diri mereka redho dengan apa jua yang bakal menimpa pasti tidak akan ada resah gelisah dan mendakwa-dakwi di sana sini. Apa yang di rasakan hanya lah ketenangan yang hakiki.


Sebab itu lah kita di tuntut untuk melakukan amalan yang baik yang di syariatkan oleh Allah melalui RasulNya Nabi Muhammad s.a.w,... kerana apa? Kerana ia merupakan alat penenang hati bagi kita untuk menghadapi liku-liku dan onak duri sepanjang hidup kita di dunia ini. Liku dan onak duri sepanjang di dunia ini adalah merupakan alat atau bahan ujian pada kita supaya kita akan benar-benar mengalami perasaan redho itu sendiri. Dunia itu adalah Jambatan kamu menuju ke akhirat, maka pergunakanlah sebaik mungkin jambatan ini, mudah-mudahan kamu sampai ke destinasi tanpa membawa sebeban masalah. 


Hati yang tenang dan redho dengan setiap apa yang di tentukan oleh TuhanNya pasti tidak menghirau di manakah ia akan di tempatkan kelak, sama ada di syurga atau pun neraka, kerana ia sudah bersiap diri dengan keredhoaan  yang bakal di hadapi, Menghadapinya itu dengan hati yang tenang..lihat sahaja segelintir manusia, ibu yang kehilangan anak, isteri kehilangan suami dan sebaliknya, ibu yang di bunuh, anak yang di rogol sehingga mati, kenapa ada di antara mereka ini redho. Pasti di jiwa mereka ini telah di latih dengan sifat meredhokan apa yang telah terjadi..dari mana datangnya kekuatan ini ? Jawapannya adalah dari amal ibadah yang baik dan ikhlas semata-mata ingin mendambakan Redho dari Allah. Makanya kita ini mestilah redho dahulu dengan setiap apa jua yang bakal kita tempoh dengan sebenar-benar redho, mudah-mudahan Allah redho dengan setiap apa yang kita kerja dan lakukan. Apabila kita redho dengan Allah, dan Allah meredhoi kita maka masuklah kita ke dalam syurga dengan hati yang puas.