Thursday, January 13, 2011

Tenangnya Dalam Solat 1

Tenangnya dalam solat menggambarkan seseorang itu tenang dalam kehidupan seharian. Tenang dalam tiap-tiap tindak tanduknya. Dalam solat ketenangan adalah intipati. Perlukah di cari ketenangan ? Bila di tanya hendak mencari pasti ia semacam benda..tapi adakah ketenangan itu sejenis benda? Pasti ia bukan benda tapi lebih pada satu perasaan rasa, jadi boleh kah kita mencari rasa ? Di mana kita boleh merasa..adakah dengan lidah ? kalau kata merasa dengan lidah pasti ada  benda yang kita rasa dengan lidah. Pun begitu bukan juge..jadi merasa atau rasa itu adalah dengan hati. Dalam solat hati merupakan satu perkara yang amat-amat penting. Allah menilik seseorang itu melalui hatinya.

Dalam solat ada 3 perkara yang harus di jaga iaitu perbuatan (fi'li), ucapan (qauli) dan hati(qalbi). Untuk melahirkan rasa tenang ada beberapa cara yang boleh di usahakan

Pertamanya berkenaan dengan perbuatan / kelakuan / perbuatan dalam solat. Yang kita panggil Tomakninah. Yakni ketenangan / berhenti seketika. Ulama mengatakan bahawa tomakninah ini adalah wajib berdasarkan dalil :
Diriwayatkan Rasulullah s.a.w bersabda:
“Pencuri yang paling buruk adalah yang mencuri dalam solat.” Para sahabat bertanya : “Bagaimanakah seorang boleh mencuri dalam solatnya?” Sabda baginda s.a.w: “Itulah mereka yang tidak meneympurnakan rukuk dan sujudnya.”
(Riwayat al-Tabrani dan al-Hakim)
Diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w ternampak seorang lelaki yang tidak sempurnakan rukuknya bila keadannya seperti burung mematuk dalam sujudnya ketika solat. Lalu baginda s.a.w bersabda :
“Sekiranya orang ini mati dalam keadaan sperti ini, nescaya dia mati bukan millah Muhammad, kerana dia solat seperti burung gagak mematuk darah. Perumpamaan orang yang tidak sempurnakan rukuknya dan mematuk dalam sujudnya seperti orang lapar yang memakan satu atau dua biji buah kurma yang tidak memberi manfaat apa-apa kepadanya”
(Riwayat al-Baihaqi dan al-Tabrani)

Keduanya berkenaan dengan ucapan / bacaan. Dalam solat ada tempat2 yang kita perlu berhenti sejenak Selepas takbir perlu diam seketika dalam kadar lafaz Subhanallah atau Subhanallah...habis baru lah kita mulakan dengan bacaan Iftitah. Dalam alfatihah juga ada tempat2 yang perlu di hentikan seketika. Selepas Waladhollin..diam seketika barulah di Aminkan..ada lagi tempat2 yang perlu kita berhenti seketika.bertanyalah pada mereka yang ariff tentang perkara ini.

Kesan dari perlakuan yang kita lakukan itu akan melahirkan ketenangan dalam hati. Apa lah gunanya solat yang kita lakukan itu tidak melahirkan ketenangan. Cubalah, lepas solat pasti akan terasa perbezaannya. Biar lambat asalkan kita selamat. Selamat di mana? InsyaALlah mudah-mudahan selamat di dunia dan di akhirat.

TENANGNYA DALAM PERBUATAN  + TENANGNYA DALAM UCAPAN = TENANGYA HATI

No comments:

Post a Comment