Monday, September 27, 2010

Mental ke Setan

Hari tu aku pegi ke rumah mak sedara..sembang2 bertanyakan khabar anaknya yang di katakan mengalami satu sindrom yang bukan sepatutnya adapada orang yang normal.

Selepas sembang2 point yang aku dapat, anaknya pernah kerasukan, dan juga tak salah kalau aku cakap anaknya ada gangguan jin. Apa punca aku sendiri tak tau.

Pada malam itu sesampai aku di rumah mak sedara aku renung sekeliling dalam rumah, Anak-anak mak sedara aku semua dah lena, jadi pada perkiraan aku mungkin malam tu tiada maklumat yang aku perolehi.

Aku pon mula sembang bertanyakan keadaan sebenar sedara ku ini. Mak sedara aku bagitau, sedara ku ini selalu sangat marah2 (baran) yang tak tentu pasal, kalau masuk tandas teramat la lamanya, entah apa di buatnya kat dalam tu aku pon tak tau. Dan di ceritakan juga kalau makan dianya amat gelojoh sekali. Dari situ aku dah dapat point. Ni tanda gangguan makhluk halus.

Lama pada tu aku pon bertanyakan lagi..betul ke dia pernah kena rasuk..jawapannya YA, sewaktu berada di kampung. lagi point aku dapat.

bersambung...

No comments:

Post a Comment