Thursday, September 30, 2010

Elakkan anak2 bermain GAME yang ganas

Aku nak berkongsi satu pengamatan yang aku lihat, ianya seboleh2 elakkan anak2 dari bermain game yang berunsur ganas (perang/hantu/fiction) yang sewaktu dengannya.

Kes ini berlaku pada sedara ku yang terlalu taksub bermain game perang/bunuh membunuh sehinggakan mengalami gangguan dalaman menyebabkan terbawa ke alam mimpi yang kini sudah bercampur2 dengan gangguan Jin. Kini pada waktu2 tertentu dia akan di bawa masuk ke alam mimpi dan akan menjalankan satu misi yang di rasakan itu ialah realiti. Sampaikan bila di tanya macam perkara itu berlaku. Dengan selamba badak dia menjawab "yang menjalankan misi tu adalah orang-orang yang terpilih macam kisah 7 pemuda gua (Ashabul Khafi) "

Aku yang dengar nak gelak pon ada..tapi nak dapat sebanyak mungkin apa yang berlaku aku pon follow juga cerita dia, soalan demi soalan di tanya, dah macam siasat kes jenayah le pulak gayanya. Semput aku tengok dia nak menjawab..kadang2 aku perati dia nak jawab tu macam ambik masa. Dok pejam mata punya la lama..tapi bukan jawapan yang kasi..di suruhnya kita ulang soalan. adesss...

Nasihat aku elakkan bermain game ini sebab agenda puak2 Yahudi (dajal laknatullah) ini adalah menghancurkan orang Islam dengan cara ini..ini lah salah satunya iaitu melalui game. Di didik dengan jiwa yang ganas tanpa hala tuju..jiwa kosong.

InsyaAllah kalau di izinkan Tuhan minggu ni nak pergi Forging nyamuk kat sana.

Lindungi kami dari fitnah dajal Ya Allah.

No comments:

Post a Comment