Friday, November 12, 2010

Anak yang susah tidor

Salam

Hari ni aku nak kongsi pada kengkawan yang sudi baca blog aku, mmg aku tak open sangat blog ni macam blog aku yang satu lagi.. kat sana aku bersyukur sebab ramai yang dapat maklumat tentang perawat dan tempat nak pegi berubat. Jadi posting kali ni aku cuma nak share apa yang aku pernah buat.

Ok kalau ada anak2 yang susah tidor malam, yang jenis bila lelap aje nangis..lelap aje nangis, atau tidor dalam terkejut2, memula perati kan semua keadaa fizikal, kalau lampin basah tukor le..kalau nak susu bagi le..check kalau2 ada ada semut ke yang gigit., jadi kalau semua tu ok, clear..cuba cara ni

Ambik posisi atas kepala dia (bukan duduk atas kepala budak tu ye...innalillah jawabnya hehehe)
pastu halakan tapak tangan kanan kat atas kepala dia (ubun2) nak letak terus pon takpe..tak sentuh pon takpe pastu baca ayat ni

1- AlFatihah
2- Selawat
3- Doa (minta pada Allah supaya kalau ada benda yang menggangu yakni jin/setan/iblis atau pandangan ain minta Allah jauhkan dan minta Allah pulihkan anak kita tu)

4- Baca Alfatihah 1x
5- Kaf Ha Ya Ain Shod, Haa Mimm, Ainnn Sinn Qofff 3/7kali
6- Baca surah As Soffat 1-10 sekali.
7- 3 Qul Hembus perlahan
8 - Tutup dengan selawat 3/7 kali

kalau buat betul2 dengan yakin bahawa Allah itu maha Mendengar dan Maha Penyembuh masa step ke 5 akan nampak perubahan pada anggota badan anak tu..nampak bergetar. Dalam waktu yang sama kita akan rasa suasana tenang semacam lapang..insyaAllah tu tanda berhasil

Wallahuaklam, semoga manfaat.

No comments:

Post a Comment