Monday, March 7, 2011

Cukupkah Untuk Diri sendiri?

Kebiasaan pada diri kita ini hanya melihat diri kita sahaja. Walau apa pon jua bentuk yang datang pun pasti kita melihat diri kita sendiri..tapi jarang yang melihat diri kita ini telah banyak menyusahkan orang lain, termasuklah kita menyusahkan anak dan isteri,ibu bapa, adik beradik, sedara mara dan kawan-kawan. Jadinya mampu ke kita nak minta maaf pada setiap orang.

Kalau jawapan kita YA dan MAMPU di persilakan..persoalan yang timbul, dah berapa lama kita hidup..20 tahun 30 tahun ? dalam lingkungan 30 tahun itu berapa ramai pulak kita telah menyusahkan orang lain?..Jawapannya mana nak mampu mohon maaf pada setiap orang..kalau secara langsung dan nyata dosanya mungkin boleh di perkirakan..yang tidak nyata?


Kita cuba ambik sikit kronologi kehidupan kita di waktu kecil. Kita pada masa waktu kecil dalam umur bayi dah berapa banyak masa yang kita ganggu untuk ibubapa kita menunaikan ibadah.

Ada setengah bayi ini baru saje ibubapa nak buat ibadah kita dah nangis, nak susu la..nak dukung la, kalau jenis yang tak nak letak lagi le haru satu keje pun tak jadi. Pasti banyak masa yang di habiskan untuk kita pada waktu kecil dan sudah pasti banyak ibadah yang terpaksa di tangguh-tangguhkan oleh ibu bapa kita semata-mata nak melayan karenah kita pada waktu kecil.

Ada di antara kita yang masa kecil mengalami sakit..jadi bagai mana pula masa yang di habiskan oleh ibubapa kita semata-mata untuk menjaga dan menatap kita waktu kecil. Jadi banyak waktu untuk ibadah pada waktu itu di abaikan.

Jadi aku berpesan pada diri ku ini dan juga pada mereka yang baca blog ini..mari lah kita sama-sama momohon keampuan kepada Allah untuk ibu bapa kita sama ada yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia, yang mana masa-masa sepatutnya ibubapa kita mengejakan ibadah yang dahulunya terabai di sebabkan karenah kita jua. tak usah lah kita meletakkan segala beban dosa itu pada ibu bapa kita sendiri. Kasihanilah mereka dalam waktu yang sepatutnya mereka mengaji di surau-surau dan masjid tapi terpaksa pula menghabiskan masa semata-mata untuk menjaga kita. Sama-samalah kita mohon keampunan untuk mereka.

Teringat Satu kisah yang di riwayatkan terdapat seorang ahli kubur (bapa) tercengang melihatkan secara tiba-tiba dosanya gugur. Di tanya pada malaikat bagaimana ini terjadi..sedangkan amalannya tidak seberapa..maka di jawab malaikat anak lelakimu sentiasa mengucapkan Istighfar kepada Allah untuk dirimu.

InsyaAllah kita memohon keampunan kepada Allah untuk diri kita sendiri, ibubapa serta sekalian muslimin wa muslimat mukminin wa mukminat moga2 dosa kita dosa mereka di ampunkan Allah. Kesan dari keampunan ini kita dapat rasakan hati menjadi lapang.

Mudah-mudahan.

No comments:

Post a Comment