Wednesday, March 2, 2011

Mohonlah KeRedhoan Allah

[27] (Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): “Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! -
[28] “Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) ! -
[29] “Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia -
[30]“Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! “ 
89. Al-Fajr

Mohonlah KeRedhoan Allah

Setiap manusia pasti melakukan kesalahan dan kesilapan, tidak ada anak cucu adam yang melata di bumi ini yang tidak melakukan dosa walau sebesar zarah sekali pon. Oleh itu di wajibkan bagi kita kesemua manusia memohon dan meminta keampunan pada Sang Pencipta. Mohon lah sehingga kamu merasakan kamu redho dengan setiap kesalahan yang pernah kamu lakukan itu adalah datangnnya dari kesilapan dan kesalahan diri kamu sendiri di sebabkan kurangnya Iman kamu pada waktu itu. Mengakui diri sendiri pernah melakukan kesalahan dan kesilapan adalah ciri-ciri orang islam sejati. (Sejarah Nabi Allah Adam a.s mengakui pernah melakukan kesilapan lantas baginda bertaubat.)



“Ya Tuhan Kami, Kami telah Menganiaya diri Kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni Kami dan memberi rahmat kepada Kami, niscaya pastilah Kami Termasuk orang-orang yang merugi.” (Surah Al A’raaf :23)

Oleh itu setiap apa jua kebaikan yang kamu lakukan di dunia ini adalah menjurus kepada mendidik hati kita supaya redho dengan setiap ketetuan yang Allah timpakan pada kita pada hari semalam, hari ini dan di kemudian hari kelak, baik berupa keperitan hidup di dunia mahu pun azab-azab yang di timpakan di akhirat kelak. 


Bagi orang yang telah persiapkan diri mereka dengan meletakkan diri mereka redho dengan apa jua yang bakal menimpa pasti tidak akan ada resah gelisah dan mendakwa-dakwi di sana sini. Apa yang di rasakan hanya lah ketenangan yang hakiki.


Sebab itu lah kita di tuntut untuk melakukan amalan yang baik yang di syariatkan oleh Allah melalui RasulNya Nabi Muhammad s.a.w,... kerana apa? Kerana ia merupakan alat penenang hati bagi kita untuk menghadapi liku-liku dan onak duri sepanjang hidup kita di dunia ini. Liku dan onak duri sepanjang di dunia ini adalah merupakan alat atau bahan ujian pada kita supaya kita akan benar-benar mengalami perasaan redho itu sendiri. Dunia itu adalah Jambatan kamu menuju ke akhirat, maka pergunakanlah sebaik mungkin jambatan ini, mudah-mudahan kamu sampai ke destinasi tanpa membawa sebeban masalah. 


Hati yang tenang dan redho dengan setiap apa yang di tentukan oleh TuhanNya pasti tidak menghirau di manakah ia akan di tempatkan kelak, sama ada di syurga atau pun neraka, kerana ia sudah bersiap diri dengan keredhoaan  yang bakal di hadapi, Menghadapinya itu dengan hati yang tenang..lihat sahaja segelintir manusia, ibu yang kehilangan anak, isteri kehilangan suami dan sebaliknya, ibu yang di bunuh, anak yang di rogol sehingga mati, kenapa ada di antara mereka ini redho. Pasti di jiwa mereka ini telah di latih dengan sifat meredhokan apa yang telah terjadi..dari mana datangnya kekuatan ini ? Jawapannya adalah dari amal ibadah yang baik dan ikhlas semata-mata ingin mendambakan Redho dari Allah. Makanya kita ini mestilah redho dahulu dengan setiap apa jua yang bakal kita tempoh dengan sebenar-benar redho, mudah-mudahan Allah redho dengan setiap apa yang kita kerja dan lakukan. Apabila kita redho dengan Allah, dan Allah meredhoi kita maka masuklah kita ke dalam syurga dengan hati yang puas.

No comments:

Post a Comment