Friday, December 3, 2010

Sifat Air

Ramai yang dah tau bahawa sifat air ni "merakam"..tapi untuk menguatkan lagi keyakinan korang, aku sendiri pernah bersembang dengan tuan punya diri yang pernah bertemu dengan Prof yang kat jepun tu. Beliau sendiri membuat kajian pasal air ni..tapi bukan ini yang aku nak bagi tahu, yang aku nak sampaikan ialah jangan kita menidakkan air yang telah di jampi dengan ayat quran itu boleh memberi kesembuhan dengan izin Allah Taala. Apa bila serasi dengan ubatnya maka akan berlaku kesembuhan.

Mengikut kajian yang di jalankan (yang di sampaikan pada aku secara berdepan) setiap air yang di baca oleh setiap individu yang beserta dengan keadan-keadaan tertentu akan membuatkan perubahan sifat pada air. (air tu tak le berubah jadi milo o ke, sirap ke cuma molikul2 air). Yang paling cantik sekali apa bila air yang kita bacakan ayat2 quran itu di buat dalam kita berwudu dan juga selepas solat bersama dengan sifat kasih dan sayang dan belas kasihan pada pesakit / anak / sesiapa saja.

Bukti Kasih sayang dapat memberi sedikit kesembuhan
Biasa berlaku pada semua orang perkara ni, terutama kita berada dalam marah / kesulitan. Dalam pada kita tengah marah2 datang kenalan baik kita mengusap2 belakang kita, suruh sabar antara sebab2 dapat meredakan kemarahan tu adalah di sebabkan sentuhan ornag itu/kenalan kita itu pada kita. Apa kaitan dengan orang tu ? Orang menyentuh kita pada waktu itu akan terbit pada dirinya satu perasaan yang amat2 simpati pada kita, orang yang timbul perasaan simpati secara tak langsung akan menimbulkan kasih sayang. Tambah pulak kita yang tak bersalah (mangsa keadaan).

Orang yang bermaafan kebanyakan akan menangis bila mula berjabat tangan bukan waktu sebelum jabat tangan.

Jadi hati-hati dengan perasaan yang mungkin akan membuat orang lain terkena tempiasnya..marah, dengki, khianat itu semua merosakkan diri kita sendiri.


No comments:

Post a Comment