Friday, October 15, 2010

Ikhtiar saja

Aku cuma ikhtiar saja..bila sorang kawan aku bagi tau anak dia nangis malam2. Nangis dalam waktu berskala yakni waktu2 tertentu. Kesian juge aku dengarnya..jadi aku cuba dapatkan beberapa maklumat tentang anak tu. Malamnya, lepas solat maghrib..aku berdoa pada Allah supaya di hindarkan segala gangguan dan aku mohon juga supaya anak itu di beri perlindungan. Aku makrifahkan anak tu duduk dalam benteng / pendinding.

Esoknya aku tanya keadaan anaknya. Maklumat yang aku dapat anaknya tak menangis malam tu, elok saje tidur sampai ke pagi. Alhamdulillah kata ku. Aku juga bagi tahu supaya perhatikan dalam 3 hari dan juga aku pesankan elok rumah di pagarkan sekali.

2 hari lepas kawanku minta buat pagar rumah. Aku ambik kesempatan bertanyakan keadaan anaknya. Di kabarkan anaknya menangis lagi. Kata hati ku rumah pon nak kena pagar le macam ni.

Malam tu juga aku buatkan pagar. Aku mohon pada Allah supaya di keluarkan segala gangguan yang ada dalam rumah..Ayat-ayat menghalau aku bacakan dan aku pagar dalam dan luar rumah. Ini aku buat secara jauh. Ibaratnya seperti mendoakan seseorang juge. Jika di izinkan Allah berkehandakan jadi, maka jadilah.

Esok aku tanya macam mana malam tadi keadaan anaknya. Kawanku cakap Alhamdulillah takde menangis, cuma nangis nak tido aje. Alhamdulillah.


16.10.2010
Aku terima panggilan dari kawan ku ini, minta aku tolong ubatkan anaknnya. Memandangkan ada beberapa sebab aku terpaksa menolak antaranya keadaan isteri aku sedang pregnant 6 bulan dan dalam keadaan kurang sihat. Jadi aku pesan dan nasihatkan cuba cari orang lain dahulu. Aku rasa dia paham situasi aku ini.

Malamnya aku terima sms dari kawanku ini mengatakan anaknya menangis lagi. Sempat aku balas smsnya, aku suruh kawan ku ini bacakan aayt Qursi pada kaki kiri anaknya.

Aku ambik wudu' dan solat hajat. Aku mohon pada Allah supaya segala gangguan di jauhkan. Lepas solat hajat aku heningkan diri dan mohon pada ALlah sama seperti mana doaku yang awal tadi cuma aku tambah sikit supaya segala gangguan yang berpunca dari mana2 yang mempunyai laluan atau sumber keluar masuk aku minta Allah putuskan.

Dalam pada tu dalam bayangan aku dapat melihat adanya gangguan, (berbaju putih rambut panjang) tapi ianya dalam keadaan yang hilang arah mungkin "tali-tali" gangguan dah terputus, walhuaklam. Lepas aku selesai berdoa aku mohon pada Allah supaya di musnahkan gangguan tersebut. Aku terpaksa guna kaedah bakar. Selang beberapa saat aku buat kaedah bakar aku terima sms kata anaknya menangis sampai tertido dan baru saje tidor, dalam hati aku mencucapkan syukur Alhamdulillah. Mudah-mudahan Allah sentiasa membantu.

Sebagai penutup malam tu aku minta kawan ku baca apa2 surah niat di pagarkan anaknya.

17.10.2010
Malam tadi aku dapat call lagi, dalam kol 9.15 malam, anak kawan aku menangis lagi..kedengaran anak dia nangis. sian pulak aku dengarnya. Aku cakap sama-sama le ikhtiar. Aku pon solat hajat mohon Allah bantu. Aku mulakan dengan Doa Pemutus dan aku sambuang dengan Kaedah Melebur. abis kaedah tu aku lanjutkan baca Yassin Tunggal, aku mohon supaya Allah permudahkan urusan.

Dalam kol 10 malam lebih aku sms, tapi tak berbalas..dalam hati aku rasa mungkin dah tidor..maknanya anak dia dah tido le tuh..Alhamdulillah. Ku pulangkan pada Allah segala-galanya.

Paginye aku sms tanya macam mana malam tadi..dia cakap dia tido kol 10..betulle jangkaan aku tu hehehehe. Baby yang kena gangguan kalau kita bacakan ayat quran ada sesetengahnya akan muntah / tersedak ni ikut pengalaman aku la..tapi lepas tu insyaAllah dia lega.



note:dah buat pagar pon gangguan tu leh masuk lagi..mesti ada something yang kena rungkaikan

Wallahualam.

1 comment:

  1. Yang boleh aku kongsikan kalau kena keadaan yang semacam ni,

    1-Pindah bilik..lepas pindah bilik bacakan ayat Al Mukminum 115-118 hembus kat ubun2.

    2-Ambikkan air sembahyang untuk anak tu.

    ReplyDelete