Friday, October 15, 2010

Mengubat diri

Jom kita sama-sama mengubat diri. Sebelum tu kena tau la dulu step2 nye.
Kita ambik secara ringkas. Sebelum nak ubat diri pastikan yang kita tau bahawa diri kita ni ada sakit. Eh..tau, ini cerita bab ubat diri yang dalam tu..ubat Rohani kita. Badan sasa, cantik tapi rohani sakit. Sebab tu orang-orang yang arif pasti merasakan diri mereka sentiasa sakit.

Jadinya kalau dah tau diri kita ni sakit cari ubat.
Sakit yang di maksudkan kat sini ialah sakit batin. Riak, Takbur, Bangga diri, sombong, macam2 perkara yang membuatkan kita lupa diri. Jadinya rasanya tak perlu lah nak di listkan sebab kita sedia maklum penyakit ni. busuk hati, dengki tu la dia penyakit hati. Penyakit hati ni dia akan memakan amalan kita sikit demi sedikit. Kita kena ingat bahawa pertemuan kita dengan Tuhan bukan la dengan wang ringgit, harta kekayaan badan yang kuat / gagah / sasa..tapi kita membawa hati yang ikhlas dan redha. Hati yang ikhlas dan redha ni adalah hati yang telah menempuh penyucian hati, yakni hati yang sudah ketemu ubat.

No comments:

Post a Comment