Friday, October 1, 2010

Merawat Tangan Ayahku

Sakit ayahku ni dah lama, bermula pada kaki rasa bisa yang amat sangat. Sampaikan terpaksa lilit getah di hujung jari-jari kaki. Lama juga ayahku ni pegi ikhtiar cari penawar..ada kata kena sihir. Waktu ni aku tak reti nak buat apa, mana taknya ilmu takde. Lepas sorang sorang perawat ayah ku pergi. Paling lama dapat bertahan 3 bulan lepas tu sakit balik. Ke Hospital ? Jangan cakap le udah puas pegi, check darah, kencing manis..semua ok. Luka keck jek tapi tak baik2. Tak baik satu hal..bisa sakitnya Allah saje yang tahu, sampai aku tengok pon ayah aku dah naik cengkong.

Waktu Malam
Waktu malam adalah waktu sakit bagi ayahku, menahan sakit. Pernah aku perati tiap-tiap malam ayahku menahan sakit. Sampai satu tahap ruas di slaah satu jari kaki terpaksa di potong, sebab dah biru kehitaman. Tanda sel dah mati. Mujur ada adik iparku bekerja sebagai Nurse membantu membersihkan. Dah kudung jari kaki. Lepas dari tu nampak macam dah tak sakit cuma rasa ngilu pada kawasan tu. Aku ingat habis di situ..rupa-rupanya naik ke jari-jari tangan pulak..adessss.

Hujung jari tangan pulak sakit. ayah ku cakap macam kena cengkam. Aku pon mula cari maklumat tentang sakit ayahku ini..maklumat yang membuat aku yakin adalah ayahku di sihir.

Tiba Masanya
Aku rasa dah tiba masanya giliran aku pula mengubati ayahku dengan ilmu yang baruku pelajari yakni perubatan islam. Bukanlah niat aku nak menjadi seorang perawat Islam tapi aku suka dengan ilmu perubatan islam terutama kaedah orang-orang sufi.

Merawat
Aku pegang pada bahagian ubun2 ayahku aku bacakan ayat2 quran. Aku perati ayahku batuk2, mata terpejam, dan kerap menguap sewaktu aku bacakan ayat2 quran. Sesekali aku merasa meremang bulu roma ku. "Huh ada ni...bisik hati ku" di sebabkan aku baru dalam perubatan islam ni..aku buat keputusan untuk hentikan rawatan.

Beberapa hari selepas tu aku kerap merawat ayahku, dengan berbekal beberapa maklumat yang aku dapat dari sahabat yang arif dalam bidang perubatanini dan yang aku yakini ilmunya aku ikhtiarkan lagi. Kaedah tepuk setiap sendi, pecah tapak bisa, tarik bisa, bukak laluan semua aku praktikkan. Alhamdulillah nampak sangat2 berkurang. Aku mandikan ayahku dengan air limau, memang ada tindak balas..sakit amat sangat pada tempat sakit. Bermakna tempat yang ada gangguan sudah mula terkesan.

Selang beberapa hari, hari berganti hari alhamdulillah ada kesembuhan..sampai la sekarang ini.
Syukur pada mu YA Allah dengan ilmu yang amat-amat sedikit ini kau izinkan aku untuk membantu ayahku. Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment